Saturday, October 29, 2011

Di dunia lain . Di akhirat pun lain juga

Assalamualaikum
Desire Never Leaves
Hai kucing comel . Kenapa awak comel sangat ? 

Aku terfikir untuk update blog lagi . Lagi . Sebelum itu , aku buka Facebook . Aku memang pandang facebook kosong . Tak ada apa yang menggembirakan . Hanya approve orang , tengok notifyy , inbox , walling or chatting . Hurm . Nothing . Petang nanti aku harus ikut ibu pergi ke majlis perkahwinan kawan dia . Aku pun taktahu dekat mana . Yang aku tahu , aku kenal kawan ibu aku itu . Macik Bob . Esok pula aku kena pergi beli barang camping kat MP . Aku taktahu la berapa banyak duit yang digunakan nanti untuk semua tuu .

Oh yahh . Aku sebenarnya baru je lepas baca majalah solusi . Majalah ini ibu aku suka beli . Aku baca jelah kan kalau dah bosan tahap cipan sebab novel aku semua dah aku ulang lebih daripada 5 kali . Lebih . Teramatlah membosankan jiwa . Dah le bosan . Makin bosan pule tu . Okay , aku terbaca suatu artikel di ruangan Akhir Zaman . Ye . Kita semua memnag berada di akhir zaman . Tajuk ini menekan kan soal rupa paras dan akhlak manusia kelak . Kelak itu ialah akhirat

Cantik Akhlak di Dunia . Cantik Rupa di Syurga  

Mari sini aku terangkan dgn lebih jelas yee . Kat bumi ni kan . Semua perempuan dan lelaki kalau boleh nak kelihatan sempurna , cantik / handsome dari segi fizikal . Mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menyempurnakan lagi , mencantikan lagi atau mengekalkan kecantikan mereka tu semua . Maybe dia orang nak jadikan kecantikan itu macemm kecantikan hakiki la kot . Ini point yang aku dapat time baca tadi

Keindahan dunia akan berubah seiring dengan perjalanan masa . Ia akan rosak dek kerana usia , penyakit dan berakhir dengan kematian yang agak menyedihkan . Hewhew . Ayat aku takboleh blah . Sambung balik. Adapun keindahan dan kecantikan syurga yang akan kekal abadi . Apa gunanya kecantikan sesaat jika ia akan berakhir dengan kehodohan abadi di dalam neraka wei ? Cer sikit . 

Kecantikan akhlak di dunia akan membawa kecantikan rupa di syurga . Sebagaimana , 
keburukan akhlak di dunia akan membawa keburukan rupa di neraka . 

Pluss, ibu aku pun ada cakap dengan aku . Biarlah kita cantik dengan cara Islam bukan cara kafir :) 

No comments: