Monday, October 31, 2011

They're very awesome

 Assalamualaikum 
Hampir setiap hari aku berjalan seorang diri ke sekolah . Tetapi, bila aku sampai di tempat pejalan kaki . Aku mesti  berjalan dengan seorang yang dipanggil kawan .

Cogito Ergo Sum - thrilld.com
Kawan . Setiap hari aku berjumpa dengan orang yang bergelar kawan . Sama ada , sahabat , kawan rapat , kawan biasa atau teman istimewa . Okay. Kita cancel kan teman istimewa ni . Sebab aku rasa teman istimewa itu lain . Ianya lain daripada yang lain. Mungkin , ianya tersangat istimewa daripada seorang sahabat.

Friendship is a precious gift that cannot be bought or sold; 
but its value is far greater than a mountain of gold 

Faham bukan apa yang aku katakan ini ? Okay, macam nilah aku cakap . 

Persahabatan itu ialah hadiah yang sangat berharga yang tidak boleh dijual beli . Tetapi , nilai persahabatan itu lebih tinggi dibandingkan dengan segunung emas. 

Ha,faham bukan ? Kalau tak faham juga,aku taktahu nak kata apa dah. Aku memang ingat sentiasa quote ni. Ia amat bermakna buat diri aku . Untuk mencari seorang kawan yang benar-benar jujur mahu berkawan dengan kita bukan perkara yang begitu mudah . Sometimes, benda macam ni kita ambil ringan . Asal kawan kita tak ganggu life kita dah cukup bagus lah kan ? Dewasa kini , memang mudah untuk kita mendapatkan ramai kenalan baru . Cakap jelah kau nak yang handsome ? cantik ? hot ? cool ? Macam-macam lagi lah kan. Cari aje dekat Facebook . Pakai add je kan . Bila dah approved , tak reti berterima kasih langsung . Okstop. Bila kita dah berkawan lama dengan seseorang , mesti banyak perkara pahit manis yang kita alami bersama. Hang bersama ,bergaduh , sikap tikam dari belakang and apa lagi ? Kelentong ? Aku pun taktahu apalagi dah . 
Life is nothing without friendship .
Ya . Bayangkan kalau kita datang ke sekolah kita tak mempunyai seorang kawan pun. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing . Tak ke bosan life ? Bila kita susah bertambah lah susah untuk mencari bantuan. Bila guru buat lawak jenaka, kita ibarat ketawa dengan guru sahaja tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Kerana kalau pandang ke kiri / ke kanan semua orang dengan hal masing-masing . Bila time rest , kita makan seorang diri . Ke mana-mana seorang diri . Hidup ini memang memerlukan kawan . Biarlah kawan kita kat alam realiti ni beribu-ribu . Jangan dok sibuk nak penuhkan friends list dalam FB. Tak kemana sangat pun kot. Dia orang sangat awesome dan terlalu awesome buat aku . Ketawa besar punya , bercerita memang takpernah habis , beraya bersama , rehat di kantin bersama , bergerak bersama-sama and a lot of things that we do at school. Together-gather . I love them damn much 


No comments: