Tuesday, December 27, 2011

Before the year 2011 ends

Assalamualaikum 
sн σσ sн αα.'s
Setiap orang ade impian . Cita-cita . Mahupun keinginan . Semua tu lebih kurang je dengan cita-cita . Haihh , introduction aku . Hehe . Cita-cita eahh ? Masa aku kecik-kecik dulu , setiap tahun aku tukar cita-cita . Haha. Tahun ni nak jadi guru . Tahun depan nak jadi doktor . Tahun depan lagi nak jadi ustazah . Tahun depan punye depan nak jadi penulis novel . Hihi . Okay now . Cita-cita aku ialah akauntann . Alahh, macam kau orang takpernah jadi macam aku kann :P

Aku ingat lagi ape yang cikgu tadika aku cakap kat aku time aku berumur enam tahun : "Orang yang tak ade cita-cita , umpama orang yang tiada tujuan hidup" . Haa , betul tu . Yelahh kan , aku hidup sekarang untuk belajar sampai ke manara gading lepastu cari kerja yang bagus then balas jasa parents aku . Cari pahala kat dunia ni untuk bekalan masa akhirat nanti dan menikmati kehidupan ni sebaik mungkin . 

Okay. Hidup ni sebenarnya terlalu singkat daripada apa yang kita jangkakan . Tapi , kalau kita nak menceritakan perjalanan kita dalam kehidupan , ia terlalu banyak kisah . Kisah suka dan duka . Masam dan manis . Tawar dan terlebih garam . Hehe . Mungkin , kalau aku nak ceritakan segala perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam sebuah buku nota , aku rasa ia tidak mencukupi langsung . Yahh . Setebal manekahh buku itu nanti ? Setinggi pasu bungga ibu aku kahh ? Hehe . 

Before the year 2011 ends . Aku nak buat azam baru untuk 2012 :) 
  • Aku nak jadi seorang yang jauh lebih baik drpd tahun ni 
  • Aku nak jadi seorang yang taat akan perintah Allah , kedua ibu bapa dan nenek tercinta 
  • Cukupkann solat 5 waktu ! 
  • Nak study betul-betul . Kurangkan online dan blogging 
  • Haaa, aku taknak ada cinta monyet . Ahh, lantak sama monyet tu. Kalau aku ade perasaan pon, buat bodoh jelahh . Tunggu lepas habis SPM . Aku akan cuba sedaya upaya ! :D 
  • Nak jadi student yang lebih bertanggungjawab 
  • Nak jadi seorang sahabat / kawan yang disayangi semua orang

Okay . Enough . Aku harap semua azam aku tu dapat dikotakan . Aku mungkin tak mampu nak jadi seorang yang sempurna . Tetapi, aku cuba untuk tidak mengulangi setiap kesalahan yang aku lakukan . Amin .



No comments: