Thursday, December 29, 2011

Fikir sebelum cakap

Assalamualaikum
 ‫תמונות קיר‬
Aku bukan seorang gadis perempuan yang alim soal agama. Aku melakukan banyak dosa dalam kehidupan. Setiap hari aku melakukan kesilapan. Tapi di sini, aku mahu kongsikan segala yang aku terima :) 

Rasulullah SAW bersadba yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata baik atau diam"  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid, setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi saw mengandungi makna yang amat hebat dan mendalam. Kesemua pesan Nabi saw dalam hubungan dengan manusia dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut 

  • Berkata-kata baik atau diam
  • Salah satu tanda baiknya seseorang adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya
  • Jangan mudah marah 
  • Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sbagaimana ia mencintai kebaikan untuk dirinya

Hmm, aku banyak cakap benda yang tak berfaedah di sekolah. Mungkin aku patut berubah :) 


No comments: