Monday, December 19, 2011

Perkara Yang Merosakkan Otak :)

Assalamualaikum 
ℱreedom☮
I wish I can be there right now . 

Aku nak sangat dapat pergi Paris . Siapa yang taknak pergi tempat tempat yang cantik dekat bumi Allah ni kan kan ? Tapi , bukan senang nak pergi tempat cenggitu . Pakai duit bhai . Bukan pakai daun pokok jambu . Itulah anggapan aku time budak-budak dulu . Kalau main jual-jual , mesti petik daun banyak-banyak jadikan duit . Hihi . Kita kalau nak pergi sana kena pakai duit . Ibu cakap , belajar rajin-rajin . Dah kerja dapat duit banyak . Baru boleh pergi Paris :) 

Haa , macam mane kalau kita tak belajar rajin-rajin ? Mesti tak dapat pergi Paris kan . Jadi , gunakan otak kita sebaiknya . Jangan rosakkan otak kita :) Okay, ni aku nak bagitahu perkara-2 yang merosakkan otak .

Tidak Mengambil Sarapan Pagi 
Otak merupakan orang yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sbanyak 25% drpd keperluan tenanga badan. Tidak mengambil breakfast menyebabkan paras gula dalam badan menjadi rendah dan mgurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan jadi kurang aktif pada hari tersebut :) 

Terlebih makan !
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan myebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak . Ini mengakibatkan mengantuk , malas dan hilang daya fokus . Jadi , takboleh la kita makan banyak-banyak time rest kat sekolah . Hehe . 

MEROKOK (Sila ambil perhatian) 
Saya benci lelaki merokok . Kdiam ahh . Tahu kann yang asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak . So, katakan tidak kepada merokok ye kaum adam . 

Tidak membaca Al-Quran 
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkanya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal . 

Kurang Berimaginasi  
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita . Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun . Hehe . Aku selalu berimaginasi dalam mimpi aku xD

Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif . Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita . Hehe , wey aku asyik berfikir time nak edit blog . Macam-macamlahh aku fikir hari-hari . Hihi . 

Okay. Sebenarnya banyak lagi . Takut orang takknakk bace jeh maklumat yang berguna ni . Penat aku type ahh T___T hehe . Aku ambil ni drpd majalah yg ibu belikan utk aku . Aku dah bace , and nak kongsikan bersama :') 

No comments: