Friday, January 6, 2012

Hadapi walaupun ianya teruk.

Assalamualaikum
Tumblr_lwpo4bccxx1qejiumo1_500_large 
Saat sebuah jam gila di rumah aku berbunyi dan memekak taknak berhenti. Itu maksudnya telah masuk pukul 10 malam. Hari ni Jumaat. Masa berlalu begitu cepat. Mungkin kalah kelajuan sebuah kereta ferari? Hahaha. Actceli, aku lupa berapa kadar kelajuan bumi berputar dalam masa 1 jam.

Homework pun makin banyak. Tinggi menggunung kata budak perempuan kelas aku. Heww. Tapi aku rasa homework tak setinggi gunung pon. Heh heh. Cuma, dalam 10 buah aje buku yang mengandungi homework. Ya. Banyak kan. Next week cikgu dah nak tengok. Macam-macam. Agama, nak kena hafal ini lah. Itu lah. Sejarah kena buat note. Dan banyakkkk lagi. Sempat kah aku untuk menyiapkan segalanya? Insya-Allah aku dapat siapkan semuanya. Eah, mesti siap!

Terdetik hati aku nak tarik diri daripada olahraga. Aku bukan pengecut. Mungkin aku hanya seorang yang hampir bosan dengan training olahraga. Bosan. Ialah, dari aku darjah tiga sampai form two. Asyik kena lari aje. Penatlah. Aku juga banyak kali kecewa dengan kekalahan. Tapi ibu kata, menang atau kalah itu adat perlawanan. Mungkin belum rezeki dan ada hikmah disebalik semua itu. 

Mendalami kata-kata ibu bukan mudah. Bukan juga susah. Eh? Ibu tiada di posisi aku. Perasaan aku bercampur. Celaru. Rimas. Segalanya ada.

Aku bukanlah seorang gadis berusia 14 tahun yang sangat kental semangatnya. Sometimes, semangat dan kekuatan aku boleh hancur tanpa diduga. Dengan hadirnya pelbagai perkara yang tidak diingini. Tapi, apa yang aku boleh lakukan? Aku cuma duduk berdiam. Dalam hati, aku meminta kepada Ilahi agar aku diberi kekuatan untuk terus hidup di dunia yang fana' ini. Aku sedar, aku cuma hamba Allah yang lemah.

Kadang-kadang juga, aku dapat merasakan cara aku melalui dan mencorakkan kehidupan serta masa depan aku teruk. Teruk dan tak berapa teruk sangat lah. Ugh *rolling eyes*. Sudahlah. Ape yang aku type macam keling aje.



No comments: