Tuesday, January 3, 2012

Menutup aurat tapi hati ...

Assalamualaikum
Esok hari Rabu dan hari persekolahan bagi sesi 2012 telah bermula. Aku inginkann suasana sekolah yang jauh lebih awesome. Okay. Study. Study. Study. Badan aku sengal semuanya. Mana tak, 12 rounds padang kena lari time traning semalam T__T
Okay,Isu ini masih hangat dipertikaikan oleh ramai budak hot di laman Facebook dan Twitter. Aku tak tipu. Mereka memang hot. Hmm. Aku bukan nak membangkang kata-kata mereka. Cuma, kurang puas hati aje. Aku tahu, aku menutup aurat pon tak tentu sempurna sepenuhnya lagi. Ini sekadar untuk kesedaran mungkin. Okay, aku bagi contoh benar. Tapi nama tipu aje. 
Ali IV :
Perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik :)
Zatul III :
Harap aje pakai tudung, tapi hang dekat Pavi siap pegang tangan laki
Husain Evnas :
Perempuan yang pakai tudung ni bajet alim je.
Koku Krunch II :
Perempuan yang free hair tak semua jahat. 

Terdapat pelbagai persepsi di sini ye. Aku pun pening. Benda ni semua, aku sendiri dapat lihat dekat sekolah. Kebanyakan pelajar perempuan pakai tudung. Bila aku dengan gang aku bercakap dengan gang budak kelas G, bahasa yang mereka gunakan,amat dahsyat dan hebat gile. Untung aje babi tak datang betul-betul kat sekolah. Pakai tudung, bahasa teruk dan adab kurang. Bagi aku, mungkin perkara macamni agak memalukan kaum hawa sendiri.
 
Ambil lah pengajaran daripada status yang aku telah screen capture malam tadi. Wanita yang bertudung mungkin belum tentu baik. Tetapi mereka baik dari sudut pakaian. Manakala, perempuan yang baik mesti menutup aurat. Semoga, kita baik dari sudut perlakuan dan cara berpakaian. Semalam, aku terbaca status seorang kakak panas ni. Tak silap aku dia buat status:
"Perempuan yang free hair lebih comel daripada yang bertudung". 
Aku akui memang kakak tu comel cun ayu dann segalanya. Biarlah, cantik rambut dekat dunia belum tentu cantik kat akhirat. Eh? Ye ke ape yang aku cakap ni. Takpelah, fikir sendiri :)


No comments: