Thursday, March 15, 2012

Cerita Bandar.

Ni kumpulan ovoid. Aku sebelah tudung purple tuu :)
Kita orang semua biasa aje. Bukan budak bandar. Tinggal dekat kawasan Umbai. Kita orang punya dress up bukannya hebat. Cukup sekadar memakai tudung dan menutup aurat. Kita orang pakai t-shirt, tudung syiria dan jeans aje.

Kadang-kadang kita orang semua jealous jugak tengok budak perempuan baya macam kita orang dress up cun-melecun. Putihnyaaa kulit dia orang semua. Lawa rantai owl dekat leher dia orang. Siku dia orang pun cantik.

Kita orang tak jealous pun tengok bila ada perempuan yang jalan dengan pakwe dia orang semua. Pegang-pegang tangan, peluk-peluklah. Ouhh, sweet kan. Mungkin di bandar, perkara sebegitu sering dianggap normal. Yelahh, peluk future husband kan?

Sapelah kita orang ni kan? Pergi mahkota parade tak pakai shawl bagai. Kasut tumit tinggi. Lagi ape? Aduhh, banyak sangat. Nak pergi melaka pun susah. Nak minta izin keluar macam nak menangis *ktipu*. Kita orang takde pakwe. sebab kita orang anggap benda tu macam takberguna buat masa ni.

Allah kan tak kasi kita dekat dengan zina :) And, bila kita orang nampak ade laki handsome pegang tangan awek dia. Kita orang anggap dia taksayang awek dia. Sebab

Kalau dia sayangkan awek dia, dia tak akan sentuh awek dia. Yelah bukan muhrim. Awek pakai shawl cantik. Lilit-lilit. Kalau betul dia sayang awek dia, dia takkan bawa awek dia mendekati neraka. 

No comments: