Monday, March 19, 2012

it all about life.

Assalamualaikum
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Tapi, adakah sepuluh orang anak mampu untuk menjaga seorang ibu bila mereka semua dah dewasa dan bekerjaya nanti? Itu memang realiti kehidupan kebanyakan masyarakat sekarang ni.

Kita kena sedar selalu yang kita ni manusia yang lemah, sering melakukan kesilapan. Aku pun macam tu, tak sah dalam sehari tak buat salah. Dan, kesalahan itu merupakan guru yang sangat luar biasa dalam kehidupan. Dengan kesilapan lah kita mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ustazah kata, jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ni :)

Semakin kita berpangkat,kaya, pandai. semakin perlu sikap merendah diri dalam diri kita agar kita tidak mudah alpa dengan nikmat yang Allah berikan. Allah boleh saje memberikan nikmat kepada sape saje yang dia kehendaki dan Allah boleh aje tarik segala nikmat yang dia telah berikan kat sape aje yang dia nak.

Allah tu Maha Berkuasa. Tiada yang dapat menandingi kekuasan-Nya. Ade ke manusia boleh cipta seorang manusia? mungkin boleh, tapi ianya robot kan? dan, tak ada ciptaan manusia yang se-sempurna ciptaan Allah SWT. Bila dia nak turunkan bala kat kita, dengan serta mertanya kita kena bala. Dengan kalimah "kun fayakun" aje. Subhanallah.

Okay, doakan aku nak lari esok, rabu, khamis. aku nak dapat emas dalam semua acara. insya-Allah. Aku sentiasa berharap agar Allah berikan aku ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan. aku akui aku memang seorang insan yang lemah. aku selalu diuji dengan pelbagai cabaran, kesedihan and etc. Hmn.