Saturday, April 21, 2012

Perihal

Assalamualaikum
     
Manusia. seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita semua ni cantik, handsome. Betul, ibu kata kalau seseorang itu ada sepasang mata, hidung ada lubang, ada kening yang tidak dicukur, ada mulut untuk berbicara atau senang kata cukup semua anggota badannya, maka eloklah paras rupa seseorang itu.
I mean, unless you have a hose or a waterfall. 8D;;
Allah itu adil. dia turunkan hujan sebab nak tunjukkan kita pelangi. dalam masa yang sama, mungkin Dia menyuruh kita agar menadah tangan berdoa kepada-Nya saat dia menurunkan rahmat di atas muka bumi ini. Allah juga Maha Bijaksana. tiada seorang manusia dapat menandinginya. mana ada orang yang boleh cipta manusia atau mana ada orang boleh cipta harimau. tidak ada. Allah memberi kita malam untuk bekerja dan malam untuk berehat. jadi, hargailah.

Tahukah kau orang yang tidur tu sebenarnya satu anugerah dari Allah. Jadi, tidurlah. Jangan tidur lambat sangat. nanti dapat eyebags besar besar. aku pun ada,cuma taklah teruk sangat.

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari usaha kamu mencari sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian itu benar-benar terdapat bagi orang yang mahu mendengarkannya"
-Ayat 23 daripada surah al-Rum

kehidupan manusia hari ni memang penuh dengan cabaran hawa nafsu. perempuan ada 9 nafsu 1 akal. lelaki 1 nafsu 9 akal. bagi pendapat aku, walaupun perempuan mempunyai 1 akal, mereka menggunakan akal mereka sebaik mungkin. bagaimana dengan lelaki? aku rasa kalau tengok budak sekolah aku, mereka mungkin menggunakan 9 akal untuk memikirkan pelbagai cara untuk memanjat pagar, skip kelas atau sorokkan rokok. mungkin segelintir.

538749_282341411850962_151206238297814_646189_2075526127_n_large
Jelas lagi nyata. seriously, kadang-kadang aku terfikir jugak macam mana kita boleh berkata-kata dalam hati. pernah tak kau fikir? Allah boleh baca segala yang ada dalam hati kita. Subhanallah, betapa besarnya kekuasaan Allah. 

Monday, April 16, 2012

Mana mungkin,

Assalamualaikum
   
Tittle tu, aku takde idea sebenarnya.
Hmm.

Kalau boleh aku putarkan masa, aku nak jadi budak umur empat tahun yang rajin nak pergi mengaji. bukannye kememehh bila kena marah dengan ustazah. lepastu, ngadu dekat ibu dan nenek. Dia orang buat taktahu je. ahh, merajuk. abang jual ais-krim lalu nak beli. takdapat, aku malas nak ngaji. ha-ha-ha. 

bila tengok album gambar time aku kecik-kecik dulu, mesti aku ingat semuanya. Sekarang nampak macam perempuan. wait,dulu aku bukan lelaki. i mean, aku punya style macam lelaki. senang cerita. tomboy. sekarang? mungkin aku nampak macam gadis melayu jawa yang ke 6 terakhir. bertuahlah siapa yang dapat gadis melayu terakhir. 

Tumblr_lz1ekr0vaf1qzlse0o1_500_large


aku pernah pakai skirt sampai lutut. naik basikal dengan budak lelaki. mandi dekat sungai. panjat pokok. curi buah dekat rumah makcik. conteng dinding rumah orang. tak nak pergi mengaji. keluar rumah dari pagi sampai petang sebab main jual-jual, merempit dengan budak-budak kampung. main baling selipar. Ya Allah, aku rindu nak buat semua ni. benda yang paling best aku rasa mandi dekat sungai. perghhh.

memang best kalau kita smeua tak membesar. tapi itu semua mustahil. mana mungkin semua manusia dekat bumi ni tak membesar. kalau macam tu, hancur lah dunia ni. kalau semua orang tak membesar, sape yang nak cipta laptop, ipad semua ni.

sekejap je dah nak bulan mei. aku rasa macam nak sekarang ni bulan disember. sebab...... aku takut gila nak midterm ni. hmm, mampukah aku membanggakan mereka atas pencapaian ku?

sejak jadi pembimbing rakan sebaya ni, pergi sekolah je aku rasa macam pengawas budak sekolah agama. Yelah, pakai kain warna purple. aku sebenarnya kepenatan gotong-royong kat taman tadi. padahal, takde menyangkul pun. 

Sunday, April 15, 2012

Alkisah

Assalamualaikum
Lebih kurang 2 minggu aku tak online. jadi, kebanyakan malam isnin dan selesa dipenuhi dengan homework, study dan Alida cakap ade cerita dream high 2. maklumlah, aku kan on the way nak minat korea semua ni. Okay, not bad what.
Tumblr_m1gctjj8yn1qeivkyo1_500_large
Majalah Gen-Q isu lapan belum habis aku baca. Tapi, novel "Kau Kekasihku" yang baru aku pinjam hari Sabtu tu, dah separuh dah. Aduh, memang parah. Homework tu pun belum siap. Terbengkalai karangan peribahasa aku. Aku paling lemah ahh buat karangan peribahasa ni. Kalau buat mesti dapat A- *sigh*. Kalau ibu mesti dia akan cakap "Majalah, novel boleh je mengadap. Cepat je khatam. Tu, alquran bila nak khatam tahun ni? Even ayat yang ibu cakap tu tak sampai 1 minit, tapi aku punye sentap dalam der. Yelah, masakan kawan aku boleh habiskan 2 novel dalam seminggu? Tak ke keren tu? Huhh.

Click for more quotes:)
Aku memang dah maafkan kau MJ. Tapi, tak semudah itu aku memadamkan segala kekecewaan aku terhadap kau. Team olahraga semua harap kat kau as third runner. Den macam nak mati kejar budak "hantu speed" tu. Mu boleh relax je lari. Aku harap kau berubah, bukan demi aku. Tapi demi kebaikan team olahraga. Jangan sampai kau kena buang betul-betul drpd team.

Aku memang boleh gila belajar bab chapter yang linear equation tu. Pergh, mula-mula masuk chapter tu happy. Maklum, katanya senang. Amekkaww. Dah nak habis chapter macam orang gila buat latihan. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu fardhu kifayah.

P/S : students kelas aku kalau belajar pasal proses kejadian manusia. padah excited. *rolling eyes*.