Monday, April 16, 2012

Mana mungkin,

Assalamualaikum
   
Tittle tu, aku takde idea sebenarnya.
Hmm.

Kalau boleh aku putarkan masa, aku nak jadi budak umur empat tahun yang rajin nak pergi mengaji. bukannye kememehh bila kena marah dengan ustazah. lepastu, ngadu dekat ibu dan nenek. Dia orang buat taktahu je. ahh, merajuk. abang jual ais-krim lalu nak beli. takdapat, aku malas nak ngaji. ha-ha-ha. 

bila tengok album gambar time aku kecik-kecik dulu, mesti aku ingat semuanya. Sekarang nampak macam perempuan. wait,dulu aku bukan lelaki. i mean, aku punya style macam lelaki. senang cerita. tomboy. sekarang? mungkin aku nampak macam gadis melayu jawa yang ke 6 terakhir. bertuahlah siapa yang dapat gadis melayu terakhir. 

Tumblr_lz1ekr0vaf1qzlse0o1_500_large


aku pernah pakai skirt sampai lutut. naik basikal dengan budak lelaki. mandi dekat sungai. panjat pokok. curi buah dekat rumah makcik. conteng dinding rumah orang. tak nak pergi mengaji. keluar rumah dari pagi sampai petang sebab main jual-jual, merempit dengan budak-budak kampung. main baling selipar. Ya Allah, aku rindu nak buat semua ni. benda yang paling best aku rasa mandi dekat sungai. perghhh.

memang best kalau kita smeua tak membesar. tapi itu semua mustahil. mana mungkin semua manusia dekat bumi ni tak membesar. kalau macam tu, hancur lah dunia ni. kalau semua orang tak membesar, sape yang nak cipta laptop, ipad semua ni.

sekejap je dah nak bulan mei. aku rasa macam nak sekarang ni bulan disember. sebab...... aku takut gila nak midterm ni. hmm, mampukah aku membanggakan mereka atas pencapaian ku?

sejak jadi pembimbing rakan sebaya ni, pergi sekolah je aku rasa macam pengawas budak sekolah agama. Yelah, pakai kain warna purple. aku sebenarnya kepenatan gotong-royong kat taman tadi. padahal, takde menyangkul pun.