Thursday, June 21, 2012

Kekuatan di sebalik solat subuh.

Assalamualaikum. Hi sangat lama tidak update blog dek kerana kepadatan schedule.
Landscape_sea_sunset_port_de_pollenca_spain_sunrise-9aac5967e18bf9d95fe2f13c49f598af_h_large 
Hari ni hari sukan sekolah. taklah semeriah macam time aku sekolah rendah dulu. last year aku tak merasa hari sukan sekolah sebab aku accident kecil. sadis sekali. Takpelah. 

Hari ni mungkin antara hari yg paling gembira buat aku. aku dapat pingat dlm semua acara yg aku ambil and terpaksa ambil except 400m. hmn, time saringan hari tu aku dapat number 1. tapi ni dapat number 4 pulak. And, this year rumah sukan Laksamana aka merah telah menjadi naib johan. johan syahbandar (-ex rumah sukan aku T^T)

Hari ni jugak guru kelas tercinta aku iaitu pn. nurul huda telah membuat pengumuman mengenai result students 2Arif. Alhamdulillah, aku dapat top 3 dalam batch. hekhek. serious, pesaing kuat aku ramai gila. rasa nak tembak diorang tapi aku sayang diorang :b

Ini mungkin rezeki masing-masing. Kadang kadang aku terfikir juga kenapa aku yang masih banyak buat dosa atas muka bumi ni masih diberi nikmat yang sedemikian. aku cuba untuk mengumpul kekuatan bertaubat kepada-Nya. tapi aku sering kali lalai. selalu melambatkan solat, subuh dinosaur time cuti panjang, menipu walaupun dalam bergurau. Astaghfirullah, kita manusia memang tak sempurna. jadi, aku harap kita semua melihat diri kita sendiri sebelum menilai orang lain di hadapan kita yg sering dianggap salah and etc.

aku sebenarnya dah baca majalah gen-Q and aku ada benda nak kongsi dgn korang pasal "menyingkap kekuatan di sebalik solat subuh".

Allah swt berfirman dalam surah al-Isra' ayat 78 yg bermaksud "Dan dirikanlah solat subuh. sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat". 

Antara omelan yg biasa didengari:
"Ahh,subuh.beratnya...."
"Susah tu,dahlah sejuk di awal pagi"
"Tidur lagi bagus".

Ya, sebab susah lah solat subuh tu menjadi kayu ukur untuk kita lihat kehebatan seseorang. Masa tu, kain selimut yang ringan menjadi berat seperti batu konkrit. bagi yang culas dan malas mungkin akan terlepas nak solat subuh sehingga boleh jadi subuh dinosaur!

Kadang-kadang kita dah tersedar pukul 6 pagi. kita rasa macam nak tidur 5 minit but sekali tersedar dah pukul 7.15 pagi. time ni kita rasa 5 minit tu memang cepat macam kilat. ini perkara biasa actceli.

Ni antara tips untuk bangun solat subuh awal.

  • setkan di minda,hati dan jiwa bahawa kita bangun awal kerana Allah, inilah asas kekuatan yang menggerakkan kita drpd tidur yg nyenyak
  • mohon doa,kekuatan dan bantuan daripada Allah agar kita dapat mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati
  • minta bantuan orang lain untuk kejutkan kita

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud"Sesiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, dia seorang yang hebat. Sesiapa yang kelmarinya lebih baik dari hari ini, dia seorang yang tercela" 
aku harap kita semua boleh ambil sedikit ilmu daripada entry ini :)