Monday, June 4, 2012

Teenager Problems

Assalamualaikum
Bila kita berdiri jauh sikit dari cermin, kita tengok muka kita dah okay dah. cun, ada yang hitam manis, putih gebu,handsome macam zayn malik pun ada. tapi, bila kita tengok muka kita dekat cermin dekat-dekat. Banyaknyaa benda-benda yang tidak diundang bertapak di wajah kita. Aku harap muka aku secomel budak perempuan dekat atas tu. Sebenarnya, aku tak suka eyebag kat mata aku -_-

Alah, macam kau orang takde eyebag kan? mana tak, pagi petang siang malam duk menghadap laptop online aje. tidur lambat, buat homework barang kali. menonton drama sampai lewat malam dan kemungkinan orang yang putus cinta akan ada eyebag sebab melalak lama sangat :p

Oleh kerana aku takde idea nak update ape. So, aku bagilah info sikit pasal common problems yang dialami oleh nowadays teens and cara untuk mengatasinya.

Mata Panda -,-

time kita tidur atau berbaring, cairan akan mengalir ke daerah mata dan terperangkap pada bahagian bawah mata. ini kerana kulit sekitar mata lebih nipis berbandingkan dengan kulit pada wajah, jadi sebab tu la mata kita senang membengkak.

Cara atasi :
  • gunakan kelebihan buah strawberi,timun atau kentang untuk menyegarkan mata yang penat
  • minum air masak 8 gelas sehari 
  • teh hijau boleh mengurangi cairan yang menyebabkan mata sembap 
  • Do beauty sleep. Atur masa tidur sebaik mungkin 
Bintik hitam

bintik hitam atau noda hitam pada wajah mungkin berlaku kerana sering berjemur di bawah sinaran matahari, bekas jerawat, pemakaian ubat dan sebagainya.
Cara atasi :
  • gunakan masker yang boleh mencerahkan kulit 
  • sapukan madu pada wajah. biarkan selama 15 minit lalu bersihkan dengan air panas/suam. lakukan secara teratur. 
Hmm, aku ade sorang kawan ni kan.. tangan dia lembut gila lah. kalah tangan aku. aku malas la nak tanya yang dia ni selalu buat kerja rumah ke tak. nanti sentap. ah menyampah betul.

Nak kulit tangan lembut halus and bla bla bla?

Ambil ubat gigi colgate , safi atau fresh and white korang tu, lebih kurang sebesar kacang tanah. then gosok sampai keluar buih. basuh. aku taktahu la mujarab ke tak. aku buat jugak. better la jugak. hee. 

Bibir merah?

ade orang cakap dia buat berkesan sbb dia amalkan sejak umur 11 tahun. sapukan seidikit mentega atau madu di bibir anda sebelum tidur. amalkan selalu.

JERAWAT !

ini musuh utama remaja. haha. biasalah, nak tunjuk kematangan lah konon.

Cara atasi :
  • bersihkan wajah secara teratur. time nak tidur cuci muka. 
  • cuci wajah dengan air panas 2 kali seminggu
  • hindari memicit jerawat. lebih baik gunakan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide. nak cari senang je. jenama oxy5/ oxy10. 
Selamat mencuba :)