Monday, October 29, 2012

He knows.

Assalamualaikum
hijabi-muslimaah:

No matter what you might be facing right now or what comes up in the future, remember two things; Allah is with you and He’s in control.
Sedang aku menulis entri ini, aku dalam proses mengumpul semula kekuatan. Aku lemah di saat ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan menghadapi setiap satu keperitan yang aku tempuhi. Dan berikanlah juga aku kekuatan iman dikala Engkau mengurniakan segala nikmat kepadaku, agar aku tidak lalai dalam dunia yang sementara ini.

Aku berasa sedikit terkilan, kecewa, pasrah dan perasaan aku bercampur aduk ketika menerima result final exam. Hanya 5A. Alhamdulillah. Tapi, bila ibu call petang tadi and tanye berapa B dan C dia terkejut. And aku rasa aku dah kecewakan dia. Dear mom and dad, pardon me. I was disappointed both of you. I know, im not a good daughter. But, i'm promise that i'll try to do the best for my PMR exam which is next year. InsyaAllah, I can fulfil all my promises. 


Aku berdoa siang malam mintak dengan Allah supaya dapat 8A dalam setiap exam and test. Tapi aku takpernah dapat. And, doa aku masih tidak terkabul. Aku dengan sedaya upaya meyakinkan diri aku yang Allah melihat serta Allah mendengar setiap doa hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mendengar, tiada batasan dalam pendengaranNya. Dia mendengar setiap satu perkataan, perkara yang terlintas dalam hati kita. Aku percaya Allah tahu apa yang terbaik buat aku. Bila aku fikir balik, tidakkah aku bersyukur sewaktu Dia memakbul permintaan aku untuk mendapat 8A dalam UPKK dan lalaikah aku untuk bersyukur kepadaNya ketika dia memakbulkan permintaanku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Adakah Allah mempunyai rancangan yang lebih baik untuk aku? Aku yakin Allah itu menepati janji. Surely He knows and we don't know. Allah adalah perancang takdir yang terbaik. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Ya. Kehidupan tidak pernah mudah. Berfikiran matang dan hadapinya. 


Wednesday, October 24, 2012

Rapuh

Assalamualaikum
Just believe this photo. Gain your confidence babes :)

And yes, aku rasa dah lama sangat tak update and online. Online pun untuk check inbox semata-mata. I think I deserve to get an awesome vacation to release my tension haha. Well, I really worry about my final exam result.

Actually, aku update sebab nak luahkan tentang segala yang aku alami, lihat dan rasa dalam beberapa bulan lepas and hari ni.

Aku bukan nak kutuk orang, tapi ........... hmn

Oleh kerana koku dah takde lagi, so hari Rabu semua students balik pukul 2 except students form5.Yelah, lagi 2 minggu lagi kot diorang nak exam. So, good luck for all those who sit for SPM. Okay, back to the point. Aku mencari seseorang di gerai air tebu tapi dia tidak kelihatan di anak mataku yang tak berapa bulat ini. Aku pun balik jelah dengan Anis and Alida.

Masa jalan, kat belakang kitorang ada ramai budak lelaki form1. Memang 85% daripada diorang muka macam gangster and ade timbul sikit rasa takut.haha. okay, suddenly aku nampak diorang pegang rokok and hisap rokok depan mata kepala aku sendiri. Imagine, diorang baru 13 and dah hisap rokok. Ya Allah, tak sayang kat parents ke ape diorang ni. Kalau aku lah jadi mak diorang, seconfirm-confirmnye aku kecewa dengan perangai diorang yang macam tu. Tapi, aku rasa takboleh nak salah kan diorang aje. Mesti ramai pihak yang terlibat *skemanye ayat aku*. Especeli, rakan sebaya. I admit, students form 1 tahun ni memang kurang-di-ajarrr. 

Aku tahu, di zaman modenisasi ni, memang agak sukar bagi kita (remaja)*haha* untuk mengawal diri daripada terjebak ke kancah pergaulan dan sosial yang semakin teruk sekarang. Kalau kita selalu baca papers,masalah sosial macam ni selalu berlaku kat kota metropolis. But now, tak kesahlah kampung ke pekan ke bandar ke, keseluruhannya hampir sama. So please beware guys. Hati-hati dalam pergaulan. Jangan hanya melihat kepada keistimewaan seseorang sahaja, malah lihatlah peribadanya sama ada elok kepada kita ataupun tidak. And, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Allah je yang tahu. 


Semakin hari, semakin aku rasa yang kiamat itu semakin mendekati kita semua. Tapi aku lalai, aku sangat lalai. Leka dengan kenikmatan dunia sehingga melambat-lambatkan seruanNya, leka dalam beribadat, leka tentang segalanya mengenai agama. Mungkin itu salah satu sebab aku agak susah untuk khusyuk dalam solat. Kadang-kadang aku rasa diri aku seperti sombong kepadaNya. dan masih tidak cukupkah 24 jam yang diberi kepada kita sehingga kita sukar untuk solat kerana sebuah rancangan realiti di kaca TV? Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, doa kedua ibu bapaku,guru-guruku, sahabat-sahabatku serta dosa kaum muslimin dan muslimat.

Till here, insyaAllah i'll update later ;)