Saturday, June 1, 2013

Love letter .................

Aku bukan apa. aku cuma nak luahkan segala isi hati yang telah lama terbuku di hati ahh dramik gila. alah tak kesah la kau nak cakap apa. dan, aku rasa sejak akhir-akhir ni nyamuk masuk bilik aku.

senior.

first and foremost, please be rational. you only know the talk but not the same as what you did. you make me disgusted with you. ye, aku tahu kau senior. tapi form 4 je kot. ok ok. I really respect you as my senior. Tapi, bila kau buat salah aku memang kene tegur. i do regardless whether kau junior ke senior ke. hang cakap depa talam dua muka tanpa sebab yang relevan. hakikatnya? fikir la sendiri.

junior.

ye,korang memang hot. masa teacher's day korang punya performance la ye yang paling gempak? yeke? tapi akak rasa performance daripada PK students lagi best. ada ali baba gitu. dik, listen attentively to me. please lend me yr cute ears. ah bajet cam nak bagi speech kat assemble je. ok. umur kita memang tak jauh beza, tapi korang kena and mesti respect form three students and other upper students. kitorang tak kesah pun sebenarnya kalau korang nak kurang ajar, tapi ingat tau, tak mustahil apa yang korang buat kat kitorang akan kena dekat korang balik. well, life cycle kan? who knows. jangan lah keddddddekut sangat nak bagi kitorang pinjam buku teks korang. entah-entah korang pun akan buat benda yang sama next year. korang kan ada peperiksaan pusat. furthermore, sharing is caring and adik sepupu akak pun ada cakap; sharing is good. haha absolutely correct. rasa macam buat summary je.

schoolmates.

mungkin korang kenal aku. especially batch form 3. dah tiga tahun kita sama sekolah takkanlah tak kenal each other. tapi benda ni semua selalu jadi.

yang ni khas untuk girls. aku harap kita semua akan lebih mengerti tentang aurat. buat apa pakai tudung,stokin dan baju singkat? kan lebih cantik pakai baju yang loose. janganlah langgar school rules. kesian pengawas. dan tak elok mencarut. jangan jadikan kata-kata kesat tu macam makanan ruji kita. jangan gedik sangat, tak elok gelak kuat-kuat nak-nak kat perhimpunan. tak manis orang pandang. kan perempuan :)

Ok to guys. Memang ramai lelaki handsome. Ah, rascal. Okay. Aku harap korang tak yah ah skip classes ni semua. korang tak sayang ke kat parents korang, penat kerja 24/7 untuk bayar yuran sekolah,beli baju,etc. hargailah jasa parents korang. takkanlah nak hampakan orang yang dah besarkan kita selama ni. aku malas nak cakap pasal rokok sebab kalau aku kaunseling member aku *lelaki* yang smoking rasa macam cakap dengan batu. no response. ni haaaaa, boleh stop buat bunyi cencorot? tu je. jadilah lelaki sejati.


classmates.

Frankly, aku sayang kelas 3Arif even class kita tu terletak di kawasan yang mengalami pemanasan global yang kritikal sehingga menyebabkan ramai students membawa kipas i mean kipas tangan demi keselamatan sejagat. rasa macam nak buat demonstrasi kat depan bilik pengetua aka guru sivik kesayangan kita untuk mintak pendingin hawa yang lebih. dan team gamelan kita memang forever awesome hahaha.

Thanks for everything that uolls did for me. tolong inform kat cikgu time aku pergi mss. tolong bagitahu homework semua. rehat sama-sama. solat sama-sama. and segalanya together. together-gather lagi syok! eh. korang kena ingat, cikgu hamilah suruh salin karangan yg the best sebab dia nk kita awesome dalam bm. cikgu azizah marah kita sebab markah science banyak turun sebab dia sayangkan kita. well dia kn form teacher. and semua kemarahan dan homework yang banyak adalah tanda sayang. strive for straight A's.


The end. What a long entry.

Tuesday, December 25, 2012

Demi Redha-Mu Ya Allah


matahary:


Daun yang jatuh tak pernah membenci angin, dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, mengikhlaskan semuanya. Bahwa hidup harus menerima, penerimaan yang indah. Bahwa hidup harus mengerti, pengertian yang benar. Bahwa hidup harus memahami, pemahaman yang tulus. Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman itu datang. Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan. Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya. Biarkan angin merengkuhnya, membawa pergi entah kemana.
[Daun yang jatuh tak pernah membenci angin; Tere Liye]

#Hakikatnya, gugurnya daun itu mengajar kita tentang keikhlasan.
Berat rasanya bagi Sumayyah untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
"Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok. Saya harap sangat awak dapat berubah menjadi seorang lelaki yg lebih baik walaupun saya tiada di sisi awak lagi. In sha Allah one day, you will be a great pilot. Sorry for everything. May happiness will always be yours".
Sumayyah membaca balik SMS yang dikirim kepada Iqmal. Agak berdebar menanti reply dari si dia. Berharap agar dia benar-benar memahami. 
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Iqmal!
Perlahan-lahan Sumayyah membaca SMS.
"Thanks for everything Sumayyah.Walaupun sukar untuk saya terima dan memahami penghijrahan awak,tetapi saya akur. Saya cuba faham. Jaga diri"
Berderai air mata Sumayyah selepas mendapat SMS dari Iqmal. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi pergi pulang sekolah bersama. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Sumayyah menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Terasa sangat lemah, Sumayyah menghantar SMS kepada teman baiknya Syazana. Sumayyah pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada Syaz sebelum ni. Syaz banyak membantu Sumayyah. Dia sering memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perubahannya. 
"Salam Syaz. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing?"
"Mayyah..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada".
Memang Sumayyah sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej orang lain yang juga bertudung dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Sumayyah mahu berhenti berSMS dengan Iqmal sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana Syaz yang suruh tapi sebab Allah! Sumayyah mahukan redha Allah. Sebab Sumayyah tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Sumayyah berSMS dengan Iqmal. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Sumayyah peroleh redha Allah.
Sumayyah juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Iqmal, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Sumayyah sentiasa teringatkan Iqmal. Tidak pernah sehari pun hari Sumayyah berlalu tanpa teringatkan Iqmal. Sentiasa mengharapkan mesej daripada Iqmal.

Jauh di lubuk hati Sumayyah, dia sangat berat untuk melepaskan Iqmal dari kehidupannya. Banyak kenangan pahit dan manis antara mereka. Sejak mengenali Sumayyah, ramai yang berkata bahwa Iqmal telah berubah. Dia sudah menjauhkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan yang selalu ponteng sekolah. Kakak Iqmal juga, dia bilang Iqmal sudah rajin bangun solat Subuh,sudah tak panas baran. Kehadiran Sumayyah benar-benar mengubah diri Iqmal yang dulu dilabel sebagai playboy dan malas nak study. Sumayyah binggung,resah. Dia bimbang jika kepergiaanya meninggalkan impak kepada Iqmal. Sumayyah hanya mampu berserah. Semoga Allah sentiasa melindungi Iqmal dan memberikan Iqmal kekuatan dan ketabahan untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya.
Tapi, Sumayyah nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

"Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
"Bye Iqmal. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan? Saya harap awak kekalkan siapa diri awak sekarang,saya suka dengan perubahan awak. Awak betulkan kembali niat awak untuk berubah. Berubah demi Allah,bukan saya. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu"

p/s : Entri ini diadaptasi daripada sebuah entri. eh?