Thursday, December 13, 2012

Change.

Assalamualaikum

matahary:

“My feelings are too loud for words and too shy for the world.”
— Dejan Stojanovic
Duhai hati. Aku mohon jadilah sekuat nokia 3310. Walaupun dibaling ke dalam longkang, kau tetap nampak elok dan tiak berkecai. Jika kau berkecai, mungkin dapat ganti dengan samsung galaxy camera yang comel tu, tapi kalau hati yg berkecai, hanya Allah sahaja yang mampu menyatukannya semula kerana Dialah yg menciptakan hati dlm setiap diri manusia.

Setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa dalam kehidupan sehari-hari. Tapi dosa dan kesilapan bukan penamat bagi segala-galanya. Pintu taubat masih dibuka seluas luasnya oleh Allah SWT kepada hamba hambaNya yg iklas ingin bertaubat dan berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Nak berubah memang memerlukan azam serta kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Sebab nak berubah menjadi baik adalah 100 kali lebih sukar berbanding nak berubah menjadi jahat. Bila kita nak berubah menjadi baik, macam macam dugaan datang. Tapi, kita kena sabar. Sabar itu indah sebab itu orang yang bersabar dalam setiap perkara amat tinggi darjatnya di sisi Allah.

Pedulikan kata kata orang di sekililing kita yang sering memberi tanggapan negatif yang boleh menurunkan semangat kita untuk terus berubah. Kita berubah sebab Allah bukan sebab untuk meraih perhatian orang. Di akhirat kelak, bukan semua orang bersama kita. Tapi, yang pasti Allah itu ada.

Mungkin kadang kadang bila kita rakan rakan kita ada yang tidak menutup aurat itu cantik di mata umum. Tapi sedarkah kita aurat itu hanya untuk yang halal? Warnakan rambut, pakai legging dan yg sewaktu dengannya. Bila kita tengok sweet couple pegang tangan jalan berkepit kepit.. Kita mesti sedar yang "Kemaksiatan hanya mendatangkan kemanisan sesaat malah seksaannya di akhirat mungkin lebih 1000 tahun".

“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. 
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).

Syaitan tu memang licik. Dia takkan pernah berhenti dan berputus asa untuk menyesatkan kita. Sebab tu iman kena ada. Ya aku sedar semua ni. Iman aku ni kejap naik kejap turun. Ada masa aku betul betul beribadah ada masa aku lalai dalam beribadah. Berubah itu tidak sesukar mana, tapi untuk mengekalkan perubahaan itu adalah sesuatu yang sukar. Samalah kita berusaha untuk menjadi seorang yg lebih baik :-)

Sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."