Thursday, December 29, 2011

Fikir sebelum cakap

Assalamualaikum
 ‫תמונות קיר‬
Aku bukan seorang gadis perempuan yang alim soal agama. Aku melakukan banyak dosa dalam kehidupan. Setiap hari aku melakukan kesilapan. Tapi di sini, aku mahu kongsikan segala yang aku terima :) 

Rasulullah SAW bersadba yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata baik atau diam"  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid, setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi saw mengandungi makna yang amat hebat dan mendalam. Kesemua pesan Nabi saw dalam hubungan dengan manusia dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut 

  • Berkata-kata baik atau diam
  • Salah satu tanda baiknya seseorang adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya
  • Jangan mudah marah 
  • Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sbagaimana ia mencintai kebaikan untuk dirinya

Hmm, aku banyak cakap benda yang tak berfaedah di sekolah. Mungkin aku patut berubah :) 


Tuesday, December 27, 2011

Before the year 2011 ends

Assalamualaikum 
sн σσ sн αα.'s
Setiap orang ade impian . Cita-cita . Mahupun keinginan . Semua tu lebih kurang je dengan cita-cita . Haihh , introduction aku . Hehe . Cita-cita eahh ? Masa aku kecik-kecik dulu , setiap tahun aku tukar cita-cita . Haha. Tahun ni nak jadi guru . Tahun depan nak jadi doktor . Tahun depan lagi nak jadi ustazah . Tahun depan punye depan nak jadi penulis novel . Hihi . Okay now . Cita-cita aku ialah akauntann . Alahh, macam kau orang takpernah jadi macam aku kann :P

Aku ingat lagi ape yang cikgu tadika aku cakap kat aku time aku berumur enam tahun : "Orang yang tak ade cita-cita , umpama orang yang tiada tujuan hidup" . Haa , betul tu . Yelahh kan , aku hidup sekarang untuk belajar sampai ke manara gading lepastu cari kerja yang bagus then balas jasa parents aku . Cari pahala kat dunia ni untuk bekalan masa akhirat nanti dan menikmati kehidupan ni sebaik mungkin . 

Okay. Hidup ni sebenarnya terlalu singkat daripada apa yang kita jangkakan . Tapi , kalau kita nak menceritakan perjalanan kita dalam kehidupan , ia terlalu banyak kisah . Kisah suka dan duka . Masam dan manis . Tawar dan terlebih garam . Hehe . Mungkin , kalau aku nak ceritakan segala perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam sebuah buku nota , aku rasa ia tidak mencukupi langsung . Yahh . Setebal manekahh buku itu nanti ? Setinggi pasu bungga ibu aku kahh ? Hehe . 

Before the year 2011 ends . Aku nak buat azam baru untuk 2012 :) 
  • Aku nak jadi seorang yang jauh lebih baik drpd tahun ni 
  • Aku nak jadi seorang yang taat akan perintah Allah , kedua ibu bapa dan nenek tercinta 
  • Cukupkann solat 5 waktu ! 
  • Nak study betul-betul . Kurangkan online dan blogging 
  • Haaa, aku taknak ada cinta monyet . Ahh, lantak sama monyet tu. Kalau aku ade perasaan pon, buat bodoh jelahh . Tunggu lepas habis SPM . Aku akan cuba sedaya upaya ! :D 
  • Nak jadi student yang lebih bertanggungjawab 
  • Nak jadi seorang sahabat / kawan yang disayangi semua orang

Okay . Enough . Aku harap semua azam aku tu dapat dikotakan . Aku mungkin tak mampu nak jadi seorang yang sempurna . Tetapi, aku cuba untuk tidak mengulangi setiap kesalahan yang aku lakukan . Amin .



Aurat seorang hawa :)

Assalamualaikum 
Profile Pictures
Eacehh , tittle aku kali ni macam menarik kann ? Hehe .

Zaman modern sekarang ni pelbagai fesyen terkini dann terhangat di pasaran . Hoho . Pandai-pandailahh pilih ye . Jangan mudah terikut-ikut sangatlahh . Lagi-lagi kita sebagai seorang muslimah :) Sekarang ni musim orang pakai shawl . Hana Tajima lahh . Eahh betul ke spelling ? Ape-ape jelah . Aku taktahu sangat . Kesian kann aku . Haha . Then , pakai pulakk rantai owl tu . Kesian lagi kat aku . Takde langsung bende-bende itu semua . Hehe 

Haa , takpelahh . Janji aku pakai tudung dan menutupi dada . Choy, buat ape kalau kita pakai shawl cun-cun tutup rambut ape semua . Then buat sanggul tinggi menggunung , macam boleh sangkut beg kat sanggul tu tapi tak menutupi dada ? Sama macam tak menutupi aurat . Okay, aku nak bagitahu something . 

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 . Bermaksud :
Hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereke ke leher dan ke dada mereka . 

You nampakk kann ? eahh, geli pulakk pakai I U dalam blog . Hehe . Okay, menutup dada dengan tudung barulahh cara menutup aurat yang betul . Okay, kalau kau orang semua nak tengok kesalahan aurat yang sering dilakukan oleh muslimah hari ni . Tekan ni

Aku macam dah lali kena kutuk dengan budak hot time hang . Alahai kau , hot sangat lahh tu . Aku selalu ditanya macamni " Eahh, kau ni tak reti pakai shawl eahh ? Sakai lahh kau wei " . Sesedap jem nutela jeh kau cakap aku begitu . Daripada kau ? Pakai shawl lilit-lilit cun gila tapi tak tutup aurat betul buat ape ha ? Kira okaylahh aku pakai tudung syiria . Lawa lahh . Bute ke ape kau ni . Haihh . 

Sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh bukan muhrimnya menyebabkan dia berada di dalam neraka selama 70 tahun pengiraan hari akhirat . Sehari disana bersamaan dengan 1000 tahun di dunia - Google . 
Ya Allah , kalau kat Facebook tu macam mane eakk ? Punyelahh ramai friends aku yang hot tak hot uploaded gambar dia orang yang tak pakai tudung . Hurmmm , renung-renungkan lahh :) 

Monday, December 19, 2011

Perkara Yang Merosakkan Otak :)

Assalamualaikum 
ℱreedom☮
I wish I can be there right now . 

Aku nak sangat dapat pergi Paris . Siapa yang taknak pergi tempat tempat yang cantik dekat bumi Allah ni kan kan ? Tapi , bukan senang nak pergi tempat cenggitu . Pakai duit bhai . Bukan pakai daun pokok jambu . Itulah anggapan aku time budak-budak dulu . Kalau main jual-jual , mesti petik daun banyak-banyak jadikan duit . Hihi . Kita kalau nak pergi sana kena pakai duit . Ibu cakap , belajar rajin-rajin . Dah kerja dapat duit banyak . Baru boleh pergi Paris :) 

Haa , macam mane kalau kita tak belajar rajin-rajin ? Mesti tak dapat pergi Paris kan . Jadi , gunakan otak kita sebaiknya . Jangan rosakkan otak kita :) Okay, ni aku nak bagitahu perkara-2 yang merosakkan otak .

Tidak Mengambil Sarapan Pagi 
Otak merupakan orang yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sbanyak 25% drpd keperluan tenanga badan. Tidak mengambil breakfast menyebabkan paras gula dalam badan menjadi rendah dan mgurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan jadi kurang aktif pada hari tersebut :) 

Terlebih makan !
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan myebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak . Ini mengakibatkan mengantuk , malas dan hilang daya fokus . Jadi , takboleh la kita makan banyak-banyak time rest kat sekolah . Hehe . 

MEROKOK (Sila ambil perhatian) 
Saya benci lelaki merokok . Kdiam ahh . Tahu kann yang asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak . So, katakan tidak kepada merokok ye kaum adam . 

Tidak membaca Al-Quran 
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkanya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal . 

Kurang Berimaginasi  
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita . Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun . Hehe . Aku selalu berimaginasi dalam mimpi aku xD

Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif . Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita . Hehe , wey aku asyik berfikir time nak edit blog . Macam-macamlahh aku fikir hari-hari . Hihi . 

Okay. Sebenarnya banyak lagi . Takut orang takknakk bace jeh maklumat yang berguna ni . Penat aku type ahh T___T hehe . Aku ambil ni drpd majalah yg ibu belikan utk aku . Aku dah bace , and nak kongsikan bersama :') 

Wednesday, November 9, 2011

Tastes , Opinions , Experiences :)

Assalamualaikum 
Aku baru lepas edited blog ni . Ehehe . Amacam ? Comel takk blog aku ? Haha
We Were So Young And Invincible.
#Nyumm nyummmm . Dah la aku belum lunch :'/

Tadi ade spot check tiba-tiba kat sekolah . Aku gamble je lah an . Aku kan pelajar yang baik . Baik lah sangat kan . Nasib aku dah cabut rantai yang aku pakai tu . Kalau tak , memang matilah aku hilangkan rantai daripada someone tu . Aku just takut novel aku kena rampas . Huh , syukur . Akak tu pulangkan balik . Dah la baru beli , memang boleh menangis lah kalau kena rampas novel aku tu . Serious , best gila vavi lah cerita dalam novel tu . Romantik !!!!! Kesian Alida , CD korea dia kena rampas . Hurm . Nasib majalah e-pop dia tak kena rampas jugak . Kalau tak , melalak Alida . Ehehehe .

Okay . Ni lah questions ataupun game yang kita orang buat time English tadi . Ni answers aku


1 . What's the most unusual thing you're ever eaten ?
The most unusual thing that I've ever eaten is budu . Serious , benci gila ! menyesal aku makan . HAHA .

2 . What are the first food you remember eating as a baby ?
The first food I remember eating as a baby is the great cereals . Nestum lah.Hihi . 

3 . What's your favorite fast food ?
I guess GCB . Great chicken burger at McDonald . Awesome gila !

4 . In your experience , who cook better . Men or Women ?
Women cooked better because in my experience , my mom cooked better than my father . LOL . 

5 . Who taught you to cook ? What's your specialty ? 
My mom taught me to cook many type of food . And , my specialty is I can cook sardine :p you ?


Haha . Sardine ? Kira okaylah tu enn . Aku reti juga masak sup ayam . Tapi , tak berapa nak sedap . Kejap masin , kejap tawar . Sweet sour pun ade kot . Ahahah . TroLOL . Khairul lagi teruk doe , dia tak suka makan tomyam . Gila ! Favorite aku siakk . Boleh dia tak suka akan keenakan tomyam itu . Memang rugi lah kau Khairul . Ade juga yang bagi jawapan que no. 4 . Men . Reasons ? Chef kat Malaysia kebanyakan lelaki . Teacher cakap , perempuan lebih selesa dekat rumah . Sebab tu tak ramai chef wanita . FYI , my mom is the the best chef in the world. Nenek aku pun sama . Ape yang aku nak , dia orang lah chef yang masakan aku :D 

Saturday, October 29, 2011

Di dunia lain . Di akhirat pun lain juga

Assalamualaikum
Desire Never Leaves
Hai kucing comel . Kenapa awak comel sangat ? 

Aku terfikir untuk update blog lagi . Lagi . Sebelum itu , aku buka Facebook . Aku memang pandang facebook kosong . Tak ada apa yang menggembirakan . Hanya approve orang , tengok notifyy , inbox , walling or chatting . Hurm . Nothing . Petang nanti aku harus ikut ibu pergi ke majlis perkahwinan kawan dia . Aku pun taktahu dekat mana . Yang aku tahu , aku kenal kawan ibu aku itu . Macik Bob . Esok pula aku kena pergi beli barang camping kat MP . Aku taktahu la berapa banyak duit yang digunakan nanti untuk semua tuu .

Oh yahh . Aku sebenarnya baru je lepas baca majalah solusi . Majalah ini ibu aku suka beli . Aku baca jelah kan kalau dah bosan tahap cipan sebab novel aku semua dah aku ulang lebih daripada 5 kali . Lebih . Teramatlah membosankan jiwa . Dah le bosan . Makin bosan pule tu . Okay , aku terbaca suatu artikel di ruangan Akhir Zaman . Ye . Kita semua memnag berada di akhir zaman . Tajuk ini menekan kan soal rupa paras dan akhlak manusia kelak . Kelak itu ialah akhirat

Cantik Akhlak di Dunia . Cantik Rupa di Syurga  

Mari sini aku terangkan dgn lebih jelas yee . Kat bumi ni kan . Semua perempuan dan lelaki kalau boleh nak kelihatan sempurna , cantik / handsome dari segi fizikal . Mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menyempurnakan lagi , mencantikan lagi atau mengekalkan kecantikan mereka tu semua . Maybe dia orang nak jadikan kecantikan itu macemm kecantikan hakiki la kot . Ini point yang aku dapat time baca tadi

Keindahan dunia akan berubah seiring dengan perjalanan masa . Ia akan rosak dek kerana usia , penyakit dan berakhir dengan kematian yang agak menyedihkan . Hewhew . Ayat aku takboleh blah . Sambung balik. Adapun keindahan dan kecantikan syurga yang akan kekal abadi . Apa gunanya kecantikan sesaat jika ia akan berakhir dengan kehodohan abadi di dalam neraka wei ? Cer sikit . 

Kecantikan akhlak di dunia akan membawa kecantikan rupa di syurga . Sebagaimana , 
keburukan akhlak di dunia akan membawa keburukan rupa di neraka . 

Pluss, ibu aku pun ada cakap dengan aku . Biarlah kita cantik dengan cara Islam bukan cara kafir :)