Tuesday, December 25, 2012

Demi Redha-Mu Ya Allah


matahary:


Daun yang jatuh tak pernah membenci angin, dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, mengikhlaskan semuanya. Bahwa hidup harus menerima, penerimaan yang indah. Bahwa hidup harus mengerti, pengertian yang benar. Bahwa hidup harus memahami, pemahaman yang tulus. Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman itu datang. Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan. Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya. Biarkan angin merengkuhnya, membawa pergi entah kemana.
[Daun yang jatuh tak pernah membenci angin; Tere Liye]

#Hakikatnya, gugurnya daun itu mengajar kita tentang keikhlasan.
Berat rasanya bagi Sumayyah untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
"Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok. Saya harap sangat awak dapat berubah menjadi seorang lelaki yg lebih baik walaupun saya tiada di sisi awak lagi. In sha Allah one day, you will be a great pilot. Sorry for everything. May happiness will always be yours".
Sumayyah membaca balik SMS yang dikirim kepada Iqmal. Agak berdebar menanti reply dari si dia. Berharap agar dia benar-benar memahami. 
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Iqmal!
Perlahan-lahan Sumayyah membaca SMS.
"Thanks for everything Sumayyah.Walaupun sukar untuk saya terima dan memahami penghijrahan awak,tetapi saya akur. Saya cuba faham. Jaga diri"
Berderai air mata Sumayyah selepas mendapat SMS dari Iqmal. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi pergi pulang sekolah bersama. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Sumayyah menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Terasa sangat lemah, Sumayyah menghantar SMS kepada teman baiknya Syazana. Sumayyah pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada Syaz sebelum ni. Syaz banyak membantu Sumayyah. Dia sering memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perubahannya. 
"Salam Syaz. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing?"
"Mayyah..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada".
Memang Sumayyah sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej orang lain yang juga bertudung dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Sumayyah mahu berhenti berSMS dengan Iqmal sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana Syaz yang suruh tapi sebab Allah! Sumayyah mahukan redha Allah. Sebab Sumayyah tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Sumayyah berSMS dengan Iqmal. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Sumayyah peroleh redha Allah.
Sumayyah juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Iqmal, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Sumayyah sentiasa teringatkan Iqmal. Tidak pernah sehari pun hari Sumayyah berlalu tanpa teringatkan Iqmal. Sentiasa mengharapkan mesej daripada Iqmal.

Jauh di lubuk hati Sumayyah, dia sangat berat untuk melepaskan Iqmal dari kehidupannya. Banyak kenangan pahit dan manis antara mereka. Sejak mengenali Sumayyah, ramai yang berkata bahwa Iqmal telah berubah. Dia sudah menjauhkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan yang selalu ponteng sekolah. Kakak Iqmal juga, dia bilang Iqmal sudah rajin bangun solat Subuh,sudah tak panas baran. Kehadiran Sumayyah benar-benar mengubah diri Iqmal yang dulu dilabel sebagai playboy dan malas nak study. Sumayyah binggung,resah. Dia bimbang jika kepergiaanya meninggalkan impak kepada Iqmal. Sumayyah hanya mampu berserah. Semoga Allah sentiasa melindungi Iqmal dan memberikan Iqmal kekuatan dan ketabahan untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya.
Tapi, Sumayyah nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

"Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
"Bye Iqmal. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan? Saya harap awak kekalkan siapa diri awak sekarang,saya suka dengan perubahan awak. Awak betulkan kembali niat awak untuk berubah. Berubah demi Allah,bukan saya. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu"

p/s : Entri ini diadaptasi daripada sebuah entri. eh? 

Thursday, December 13, 2012

Change.

Assalamualaikum

matahary:

“My feelings are too loud for words and too shy for the world.”
— Dejan Stojanovic
Duhai hati. Aku mohon jadilah sekuat nokia 3310. Walaupun dibaling ke dalam longkang, kau tetap nampak elok dan tiak berkecai. Jika kau berkecai, mungkin dapat ganti dengan samsung galaxy camera yang comel tu, tapi kalau hati yg berkecai, hanya Allah sahaja yang mampu menyatukannya semula kerana Dialah yg menciptakan hati dlm setiap diri manusia.

Setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa dalam kehidupan sehari-hari. Tapi dosa dan kesilapan bukan penamat bagi segala-galanya. Pintu taubat masih dibuka seluas luasnya oleh Allah SWT kepada hamba hambaNya yg iklas ingin bertaubat dan berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Nak berubah memang memerlukan azam serta kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Sebab nak berubah menjadi baik adalah 100 kali lebih sukar berbanding nak berubah menjadi jahat. Bila kita nak berubah menjadi baik, macam macam dugaan datang. Tapi, kita kena sabar. Sabar itu indah sebab itu orang yang bersabar dalam setiap perkara amat tinggi darjatnya di sisi Allah.

Pedulikan kata kata orang di sekililing kita yang sering memberi tanggapan negatif yang boleh menurunkan semangat kita untuk terus berubah. Kita berubah sebab Allah bukan sebab untuk meraih perhatian orang. Di akhirat kelak, bukan semua orang bersama kita. Tapi, yang pasti Allah itu ada.

Mungkin kadang kadang bila kita rakan rakan kita ada yang tidak menutup aurat itu cantik di mata umum. Tapi sedarkah kita aurat itu hanya untuk yang halal? Warnakan rambut, pakai legging dan yg sewaktu dengannya. Bila kita tengok sweet couple pegang tangan jalan berkepit kepit.. Kita mesti sedar yang "Kemaksiatan hanya mendatangkan kemanisan sesaat malah seksaannya di akhirat mungkin lebih 1000 tahun".

“Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. 
Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)..”
(Al-An’am: 116).

Syaitan tu memang licik. Dia takkan pernah berhenti dan berputus asa untuk menyesatkan kita. Sebab tu iman kena ada. Ya aku sedar semua ni. Iman aku ni kejap naik kejap turun. Ada masa aku betul betul beribadah ada masa aku lalai dalam beribadah. Berubah itu tidak sesukar mana, tapi untuk mengekalkan perubahaan itu adalah sesuatu yang sukar. Samalah kita berusaha untuk menjadi seorang yg lebih baik :-)

Sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."


Wednesday, December 5, 2012

Hujan dalam Hati

Assalamualaikum

Bila difikir-fikirkan balik. Aku rasa, Aqilah Nasrin yang dulu mempunyai perangai yang agak teruk. You know, sometimes, aku lupa yang dunia ni sementara. Aku lupa yang nyawa kita boleh diambil bila-bila masa sahaja. Aku mungkin terlalu mengejar keseronokkan di alam remaja. Mengejar sesuatu yang tak pasti. Mencuba sesuatu yang belum tentu baik kesannya kepada diri ini. Aku benar benar khilaf.

Jatuh cinta dengan manusia yang belum tentu menjadi milik kita memang indah. Tapi, yang tak indahnya bila kita jatuh dan tiada yang akan menyambut dan mengangkat kita semula setelah jatuh dengan cinta. *poyo nya ayat aku* Senang cakap, trend budak sekarang ialah "CRUSH".

Aku pernah ada crush. Hmn tapi sukar untuk aku katakan bagaimana. Crush ke kalau dia pun menyimpan perasaan yang sama terhadap diri aku? I dont think so. Itu mungkin dipanggil Kejatuhan Cinta yang Disambut oleh Manusia yang Saling Mencintai. *waduh jiwang*

Lama perasaan tu aku biarkan begitu sahaja dibawa angin sepoi sepoi. Sungguh, jauh di sudut hati aku, aku memang jealous bila dapat tahu dia sudah ada kekasih bukan awal dan belum tentu akhir. Yalah, dia kata dia nak jadikan aku as isteri dia sampai ke syurga. *hmn I just fourteen, kenapa bisa sampai sini ya?aneh banget*

Meskipun dia sering menghantar text yang mempunyai janji janji lolipop kat aku. Aku jarang sekali reply. I dont know how to reply a really really sweet text. So aku biarkan sahaja. Kalau reply pun aku hanya akan type gini " :) " bagus bukan? sekurang-kurangnya aku bagi dia sedekah.

Tapi semalam. Hatiku hancur. Seperti balang kaca ibu aku yang jatuh dilanggar kucing untuk merebut ikan di dalam tudung saji. Berkecai. Aku tak sangka dengan apa yg dia cakap semalam. Dia macam bukan orang yang aku kenal. Sungguh. Mati-mati aku percaya jurang antara budak lelaki sekolah agama dengan sekolah biasa itu seperti langit dan bumi.... Tapi pada hakikatnya, macam tinggi pokok bunga kertas dengan tanah aje. Aku kaget bila air mata aku mengalir masa baca last text dia. *hahahaha i feel stupid*

T_T></div></a>

















<div id=

Awak, bila saya tak cakap yang saya cintakan awak, saya rindukan awak, saya risaukan awak... tak bermakna saya tak sayang. tak bermakna saya tak rindu. Biarlah hanya Allah yang tahu macam mana perasaan saya dekat awak. Semoga dia sampaikan salam rindu saya buat awak. Maafkan saya kalau memang saya tak pernah reply text cinta cinton awak. 
Menangis.></div></a>

















<div id=
Ya Allah jika benar aku terpaksa kehilangan orang yang aku cintai semata-mata untuk menegakkan hukum agamaMu. Berikanlah aku ketabahan dalam semua ini. Berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan dia. Aku yakin, Engkau telah menulis kisah cinta seseorang dengan lebih indah berbanding apa yang kami rancangkan. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perancang. Kuatkanlah iman dia ya Allah, jangan Engkau jadikan dia seorang lelaki yang jatuh imannya kerana seorang wanita.


Wednesday, November 21, 2012

Engkau yang Maha Pemurah

Assalamualaikum

Dah seminggu cuti sekolah. Dan aku rasa sifat pemalas aku macam makin menjadi-jadi pulak.

Semalam aku pergi kelas mengaji dan tajwid. Aku punya leka menghadap laptop sampai tak perasan jam dah dekat pukul 5.30 petang. Padahal, tweet je pun. Lepas je habis Ustazah ajar tentang tajwid. Dia bagi ceramah sikit. Aku tak ingat semua tp aku ingat isi penting.

Mengaji al-Quran ni bukan setakat sampai khatam je. Baca lah al-Quran sampai ke nyawa kita diambil oleh Malaikat. Al-Quran ini penuh dengan mukjizat. Yang paling menarik bila ustazah cakap, dekat dunia ni ada ramai sangat manusia. Antara kita semua berbeza. Eventho kita berbeza dr segi bahasa, budaya dan pemakanan tp agama yg benar cuma satu iaitu Islam dan kita semua akan membaca al-Quran dalam bahasa arab. See? Al-Quran itu sama dimana-mana pun ia berada. Di negara orang putih ke, hitam ke coklat ke. Isi kandungan al-Quran takkan pernah berubah. Subhanallah. Sungguh Allah itu Maha Bijaksana.

Bila kita belajar bahasa Arab, cukup banyak pahala yg kita akan dapat. Kalau kita amalkan lagilah pahala kita banyak. Bayangkan kalau kita selalu baca al-Quran. Satu hari susah nak tinggal. Bahasa yg digunakan dlm al-Quran ialah bahasa arab. 1 huruf = 10 kebaikan yg Allah akan bagi kat kita. Kalau kita baca 3 muka surat? MasyaAllah. Betapa pemurahnya Allah buat hamba-hambaNya yg beriman dan melakukan kebaikan.



Kita hidup kat dunia ni sementara. Akhirat ialah destinasi yang pasti. Ya. Remaja hari ni memang kebanyakannya pandang remeh temeh mengenai agama. Kadang-kadang orang yang aku kenal pun mcm tu. Bila kita tegur dia pasal solat. Cepat aje melenting. hmn
"Dulu masa sekolah rendah parents hantar anak-anak pergi kelas mengaji sana sini, tapi bila anak-anak dah masuk secondary sch ramai ibu bapa tak ambil berat dah pasal pendidikan al-Quran"

Seriously, aku tak sanggup nak baca and tengok berita mengenai penderitaan yang dialami oleh penduduk di Palestin. Yang pasti, Bani Israel akan hancur. Allah dah nyatakan semua dalam al-Quran. Ya, janji Allah itu pasti. Janganlah kita berdoa untuk mereka semua. 

Saturday, November 10, 2012

Usia Muda.

Ibu telah menyusun jadual harian special untuk aku. Maklum, cuti hampir 2 bulan.
Sadis sekali ya. Tuition dan bermacam-macam kelas.


#This image is perfect. Tengok betul-betul.
Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya, tetapi seorang insan tahu betapa indannya ia. Ia juga seperti dirimu. Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu, tetapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya ketika engkau taat dan patuh pada suruhan-Nya, ikhlas dengan semua yang engkau alami, redha dengan setiap kekecewaan, tersenyum saat sukar dan disakiti, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki. Semoga kita menjadi insan terpilih dan terindah di hadapan-Nya. 

Fahami dan hayatilah setiap bait ayat yang dinyatakan.

"Sesungguhnya Allah Azzawajalla suka dengan pemuda yang tidak terdapat kecenderungan menuruti hawa nafsu  pada dirinya" (Riwayat Ahmad)
Ya. Sedarlah, zaman remaja adalah zaman yang indah. Jika kita terus berpegang dengan ajaran-Nya, pasti lebih banyak keindahan yang akan kita kecapi. Remaja ataupun bahase glam dia, TEEN. Aku jarang beli majalah Yezz! dan remaja. Sebab aku rasa majalah tu lebih cenderung kepada cara hidup budak Keyyeil a.k.a KL. Aku ni budak  kampung aje. eh,kampung sekarang dah maju ok. Ada wi-fi lagi. Wehee

Hanya remaja yang mempunyai pegangan agama yang kuat sahaja dapat membentuk peribadinya ke arah akhlak mulia acuan Rasulullah.

Satu hadis Baginda ada menyebut bahawa salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah pemuda yg membesar dalam keadaan taat kepada Allah.

Masa muda adalah suatu tempoh masa yang menunjukkan penguasan nafsu dalam diri. Sebab tu, sesiapa sahaja yg dapat mengalahkan nafsu dan cenderung ke arah kebaikan, dialah orang yang memiliki kekentalan takwa dalam diri.

Hmn, memaafkan seseorang yang telah menyakiti dan menghancurkan hati kita memang perit dan rasa seperti mereka tidak layak untuk mendapat sebuah kemaafan atas tindakan mereka. Tapi, kalau kita sendiri keras hati untuk maafkan seseorang, macam mane Allah nak maafkan kita. Sebenarnya, hanya dengan kemaafan sahaja kita telah mengubat hati yang terluka. Mungkin hanya kita yang tak sedar.

Monday, October 29, 2012

He knows.

Assalamualaikum
hijabi-muslimaah:

No matter what you might be facing right now or what comes up in the future, remember two things; Allah is with you and He’s in control.
Sedang aku menulis entri ini, aku dalam proses mengumpul semula kekuatan. Aku lemah di saat ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan menghadapi setiap satu keperitan yang aku tempuhi. Dan berikanlah juga aku kekuatan iman dikala Engkau mengurniakan segala nikmat kepadaku, agar aku tidak lalai dalam dunia yang sementara ini.

Aku berasa sedikit terkilan, kecewa, pasrah dan perasaan aku bercampur aduk ketika menerima result final exam. Hanya 5A. Alhamdulillah. Tapi, bila ibu call petang tadi and tanye berapa B dan C dia terkejut. And aku rasa aku dah kecewakan dia. Dear mom and dad, pardon me. I was disappointed both of you. I know, im not a good daughter. But, i'm promise that i'll try to do the best for my PMR exam which is next year. InsyaAllah, I can fulfil all my promises. 


Aku berdoa siang malam mintak dengan Allah supaya dapat 8A dalam setiap exam and test. Tapi aku takpernah dapat. And, doa aku masih tidak terkabul. Aku dengan sedaya upaya meyakinkan diri aku yang Allah melihat serta Allah mendengar setiap doa hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mendengar, tiada batasan dalam pendengaranNya. Dia mendengar setiap satu perkataan, perkara yang terlintas dalam hati kita. Aku percaya Allah tahu apa yang terbaik buat aku. Bila aku fikir balik, tidakkah aku bersyukur sewaktu Dia memakbul permintaan aku untuk mendapat 8A dalam UPKK dan lalaikah aku untuk bersyukur kepadaNya ketika dia memakbulkan permintaanku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Adakah Allah mempunyai rancangan yang lebih baik untuk aku? Aku yakin Allah itu menepati janji. Surely He knows and we don't know. Allah adalah perancang takdir yang terbaik. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Ya. Kehidupan tidak pernah mudah. Berfikiran matang dan hadapinya. 


Wednesday, October 24, 2012

Rapuh

Assalamualaikum
Just believe this photo. Gain your confidence babes :)

And yes, aku rasa dah lama sangat tak update and online. Online pun untuk check inbox semata-mata. I think I deserve to get an awesome vacation to release my tension haha. Well, I really worry about my final exam result.

Actually, aku update sebab nak luahkan tentang segala yang aku alami, lihat dan rasa dalam beberapa bulan lepas and hari ni.

Aku bukan nak kutuk orang, tapi ........... hmn

Oleh kerana koku dah takde lagi, so hari Rabu semua students balik pukul 2 except students form5.Yelah, lagi 2 minggu lagi kot diorang nak exam. So, good luck for all those who sit for SPM. Okay, back to the point. Aku mencari seseorang di gerai air tebu tapi dia tidak kelihatan di anak mataku yang tak berapa bulat ini. Aku pun balik jelah dengan Anis and Alida.

Masa jalan, kat belakang kitorang ada ramai budak lelaki form1. Memang 85% daripada diorang muka macam gangster and ade timbul sikit rasa takut.haha. okay, suddenly aku nampak diorang pegang rokok and hisap rokok depan mata kepala aku sendiri. Imagine, diorang baru 13 and dah hisap rokok. Ya Allah, tak sayang kat parents ke ape diorang ni. Kalau aku lah jadi mak diorang, seconfirm-confirmnye aku kecewa dengan perangai diorang yang macam tu. Tapi, aku rasa takboleh nak salah kan diorang aje. Mesti ramai pihak yang terlibat *skemanye ayat aku*. Especeli, rakan sebaya. I admit, students form 1 tahun ni memang kurang-di-ajarrr. 

Aku tahu, di zaman modenisasi ni, memang agak sukar bagi kita (remaja)*haha* untuk mengawal diri daripada terjebak ke kancah pergaulan dan sosial yang semakin teruk sekarang. Kalau kita selalu baca papers,masalah sosial macam ni selalu berlaku kat kota metropolis. But now, tak kesahlah kampung ke pekan ke bandar ke, keseluruhannya hampir sama. So please beware guys. Hati-hati dalam pergaulan. Jangan hanya melihat kepada keistimewaan seseorang sahaja, malah lihatlah peribadanya sama ada elok kepada kita ataupun tidak. And, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Allah je yang tahu. 


Semakin hari, semakin aku rasa yang kiamat itu semakin mendekati kita semua. Tapi aku lalai, aku sangat lalai. Leka dengan kenikmatan dunia sehingga melambat-lambatkan seruanNya, leka dalam beribadat, leka tentang segalanya mengenai agama. Mungkin itu salah satu sebab aku agak susah untuk khusyuk dalam solat. Kadang-kadang aku rasa diri aku seperti sombong kepadaNya. dan masih tidak cukupkah 24 jam yang diberi kepada kita sehingga kita sukar untuk solat kerana sebuah rancangan realiti di kaca TV? Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, doa kedua ibu bapaku,guru-guruku, sahabat-sahabatku serta dosa kaum muslimin dan muslimat.

Till here, insyaAllah i'll update later ;)

Monday, September 10, 2012

He always with us.

Assalamualaikum and hello dear bloggers.

Kadang-kadang, aku merasakan diri ini sangat jahil bila dibandingkan dengan Dia. Aku tidak layak untuk berbicara tentang agama. Ilmu mengenai agama Islam sangat meluas. Kita memerlukan ilmu yang dalam untuk berbicara mengenainya.

Dia turunkan hujan sebab nak bagi kita pelangi. Dia bagi kita sedikit kesedihan,kesusahan sebab dia nak bagi kita kegembiraan selepas tu. Ingatlah, Allah itu sentiasa berlaku adil. Dia selalu uji kita sebab dia sayang kita dan dia nak kita sentiasa kuat menghadapi setiap satu cabaran dalam kehidupan di atas dunia yang fana ini.

Allah itu Maha Pemurah. Sifat pemurahNya itu tiada batas. Dia mengurniakan pelbagai nikmat dan rezeki kepada semua makhluk tidak kira mukmin atau kafir. Tengok, betapa pemurahnya Allah. Mungkin sebab tu kita takboleh kedekut, kita mestilah sentiasa ingat dan sedar yang Allah akan menambah rezeki kita jika kita suka berkongsi. Mungkin kita tak nampak atau tidak sedar bagaimana Allah menambah rezeki kita. Well, Allah ada seribu satu cara untuk semua tu.


Nowadays, remaja suka sangat label diri diorang as FOREVER ALONE. Yang agak menyedihkan, mereka semua beragama Islam. Adakah mereka tidak sedar yang Allah sentiasa ada dengan kita? Setiap hari memang akan ada seorang hamba yang melupakan Allah. Tetapi, bila hamba Allah tersebut mendirikan solat, Allah tetap akan mendengar segala rintihan dan doanya.

Kerna kau yang satu,Yang setia bersamaku,Dikala ku jatuh ku bangkit kerna Mu, Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu, Bantulah hamba mencari keredhaanMu

Sometimes, bila aku selalu minta something dari Allah SWT macam nak straight A's dalam setiap test, exam tapi aku tak dapat, aku selalu rasa yang Allah tak dengar doa aku. Hmn, yelah mungkin dah terlalu banyak dosa yang dilakukan sampai doa aku tidak diterima Allah. But then I realize yang Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

And, aku harap aku akan menemui kebahagiaan yang hakiki suatu masa nanti. InsyaAllah. Anyway, nak dapat 8A UPKK agak mudah jika dibandingkan nak dapat 8A PMR. 

Thursday, August 30, 2012

Eid al-Mubarak

Assalamualaikum and hello.
aku takrasa title ni tak ada ke mengena.
Can you see the sucks eye bags? 
I got 5A's for my second test and there was one C. Yes, kemahiran hidup (ert). Oh Allah, whats going on with me. Bukan nak study betul-betul. Sometimes, aku rasa aku ni agak teruk sikit. Bila nak ujian selaras main-main, tak reti nak serious.
Alah, ujian selaras je kot. Nanti final exam aku buat betul-betul. 
Huh, ayat ni yang acap kali keluar dr mulut aku time minggu ujian 2 minggu lepas. and aku memang dapat tengok result aku. it's terrible! I blame myself. memang salah sendiri pun. Anyway, shahirah dapat full marks untuk mathematics. Dia sangat pandai. Tapi dia juga meletakkan semua buku sekolah di bawah meja. Dia bilang, dia pemalas. aku bilang dia bijak. hihi.

The final exam will be on 15 October 2012. Menyeramkan. Tahun ni duit raya sangat sikit. Yes, sikit. Aku rindu suasana hari raya masa aku 6 tahun. Masa tu, semua adik beradik ayah dan ibu berkumpul. Meriah sangat. And, 1 hari boleh kumpul rm100+ and takde rasa segan sikit pun nak rasa rumah orang yang tidak dikenali. Well, kanak-kanak ribena kan.

And, last friday aku pergi beraya dengan geng aku. best gila.



Hargai setiap perkara yang ada di hadapan mata anda sebelum anda kehilangannya satu persatu (:


Thursday, June 21, 2012

Kekuatan di sebalik solat subuh.

Assalamualaikum. Hi sangat lama tidak update blog dek kerana kepadatan schedule.
Landscape_sea_sunset_port_de_pollenca_spain_sunrise-9aac5967e18bf9d95fe2f13c49f598af_h_large 
Hari ni hari sukan sekolah. taklah semeriah macam time aku sekolah rendah dulu. last year aku tak merasa hari sukan sekolah sebab aku accident kecil. sadis sekali. Takpelah. 

Hari ni mungkin antara hari yg paling gembira buat aku. aku dapat pingat dlm semua acara yg aku ambil and terpaksa ambil except 400m. hmn, time saringan hari tu aku dapat number 1. tapi ni dapat number 4 pulak. And, this year rumah sukan Laksamana aka merah telah menjadi naib johan. johan syahbandar (-ex rumah sukan aku T^T)

Hari ni jugak guru kelas tercinta aku iaitu pn. nurul huda telah membuat pengumuman mengenai result students 2Arif. Alhamdulillah, aku dapat top 3 dalam batch. hekhek. serious, pesaing kuat aku ramai gila. rasa nak tembak diorang tapi aku sayang diorang :b

Ini mungkin rezeki masing-masing. Kadang kadang aku terfikir juga kenapa aku yang masih banyak buat dosa atas muka bumi ni masih diberi nikmat yang sedemikian. aku cuba untuk mengumpul kekuatan bertaubat kepada-Nya. tapi aku sering kali lalai. selalu melambatkan solat, subuh dinosaur time cuti panjang, menipu walaupun dalam bergurau. Astaghfirullah, kita manusia memang tak sempurna. jadi, aku harap kita semua melihat diri kita sendiri sebelum menilai orang lain di hadapan kita yg sering dianggap salah and etc.

aku sebenarnya dah baca majalah gen-Q and aku ada benda nak kongsi dgn korang pasal "menyingkap kekuatan di sebalik solat subuh".

Allah swt berfirman dalam surah al-Isra' ayat 78 yg bermaksud "Dan dirikanlah solat subuh. sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat". 

Antara omelan yg biasa didengari:
"Ahh,subuh.beratnya...."
"Susah tu,dahlah sejuk di awal pagi"
"Tidur lagi bagus".

Ya, sebab susah lah solat subuh tu menjadi kayu ukur untuk kita lihat kehebatan seseorang. Masa tu, kain selimut yang ringan menjadi berat seperti batu konkrit. bagi yang culas dan malas mungkin akan terlepas nak solat subuh sehingga boleh jadi subuh dinosaur!

Kadang-kadang kita dah tersedar pukul 6 pagi. kita rasa macam nak tidur 5 minit but sekali tersedar dah pukul 7.15 pagi. time ni kita rasa 5 minit tu memang cepat macam kilat. ini perkara biasa actceli.

Ni antara tips untuk bangun solat subuh awal.

  • setkan di minda,hati dan jiwa bahawa kita bangun awal kerana Allah, inilah asas kekuatan yang menggerakkan kita drpd tidur yg nyenyak
  • mohon doa,kekuatan dan bantuan daripada Allah agar kita dapat mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati
  • minta bantuan orang lain untuk kejutkan kita

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud"Sesiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, dia seorang yang hebat. Sesiapa yang kelmarinya lebih baik dari hari ini, dia seorang yang tercela" 
aku harap kita semua boleh ambil sedikit ilmu daripada entry ini :)  

Monday, June 4, 2012

Teenager Problems

Assalamualaikum
Bila kita berdiri jauh sikit dari cermin, kita tengok muka kita dah okay dah. cun, ada yang hitam manis, putih gebu,handsome macam zayn malik pun ada. tapi, bila kita tengok muka kita dekat cermin dekat-dekat. Banyaknyaa benda-benda yang tidak diundang bertapak di wajah kita. Aku harap muka aku secomel budak perempuan dekat atas tu. Sebenarnya, aku tak suka eyebag kat mata aku -_-

Alah, macam kau orang takde eyebag kan? mana tak, pagi petang siang malam duk menghadap laptop online aje. tidur lambat, buat homework barang kali. menonton drama sampai lewat malam dan kemungkinan orang yang putus cinta akan ada eyebag sebab melalak lama sangat :p

Oleh kerana aku takde idea nak update ape. So, aku bagilah info sikit pasal common problems yang dialami oleh nowadays teens and cara untuk mengatasinya.

Mata Panda -,-

time kita tidur atau berbaring, cairan akan mengalir ke daerah mata dan terperangkap pada bahagian bawah mata. ini kerana kulit sekitar mata lebih nipis berbandingkan dengan kulit pada wajah, jadi sebab tu la mata kita senang membengkak.

Cara atasi :
  • gunakan kelebihan buah strawberi,timun atau kentang untuk menyegarkan mata yang penat
  • minum air masak 8 gelas sehari 
  • teh hijau boleh mengurangi cairan yang menyebabkan mata sembap 
  • Do beauty sleep. Atur masa tidur sebaik mungkin 
Bintik hitam

bintik hitam atau noda hitam pada wajah mungkin berlaku kerana sering berjemur di bawah sinaran matahari, bekas jerawat, pemakaian ubat dan sebagainya.
Cara atasi :
  • gunakan masker yang boleh mencerahkan kulit 
  • sapukan madu pada wajah. biarkan selama 15 minit lalu bersihkan dengan air panas/suam. lakukan secara teratur. 
Hmm, aku ade sorang kawan ni kan.. tangan dia lembut gila lah. kalah tangan aku. aku malas la nak tanya yang dia ni selalu buat kerja rumah ke tak. nanti sentap. ah menyampah betul.

Nak kulit tangan lembut halus and bla bla bla?

Ambil ubat gigi colgate , safi atau fresh and white korang tu, lebih kurang sebesar kacang tanah. then gosok sampai keluar buih. basuh. aku taktahu la mujarab ke tak. aku buat jugak. better la jugak. hee. 

Bibir merah?

ade orang cakap dia buat berkesan sbb dia amalkan sejak umur 11 tahun. sapukan seidikit mentega atau madu di bibir anda sebelum tidur. amalkan selalu.

JERAWAT !

ini musuh utama remaja. haha. biasalah, nak tunjuk kematangan lah konon.

Cara atasi :
  • bersihkan wajah secara teratur. time nak tidur cuci muka. 
  • cuci wajah dengan air panas 2 kali seminggu
  • hindari memicit jerawat. lebih baik gunakan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide. nak cari senang je. jenama oxy5/ oxy10. 
Selamat mencuba :) 




Wednesday, May 30, 2012

I am who I am

Assalamualaikum
Bright bunnies on a Friday night. 8D 
Homework cakap cuti masih panjang. so, dia suruh aku relax dulu. mana ade homework boleh bercakap *muka troll*. kalau dia bercakap mesti dia dah membebel sebab aku asyik online aje.

Timeline dekat twitter kalau satu hari tiada perkataan crush memang tak sah.
maksud crush bagi pengguna twitterjaya ialah someone yang kita suka tapi secara senyap dan tidak diketahui oleh orang yang kita suka tu. lebih kurang macam secret admirer lah. 
Nowadays teens, memang ada crush. except aku kot. sebab aku dah menyampah dengan crush aku sendiri. perangai dia memang annoying gila lah akhir-akhir ni. no wonderlah aku menyampah dengan dia. Even muka dia handsome, abang mithali and anak ummi mungkin.

Semua orang ada bad habits. including me. banyak sangat bad habits aku ni. pertama, aku malas nak buat house chores bila cuti sekolah. kedua, aku ni kalau buat kerja ganas dan memang akan campak campak. selalu kena tegur dengan ibu, tapi susah nak ubah perangai tu. dan banyak lagi.

bila time P&P dalam kelas and lab, tempat aku memang confirm bersepah. kiri pen, kanan highlight, tepi pencil case, calculator, buku. semua ada. aku kalau sampai lab, beg aku campak aje atas meja. cikgu robiah kalau tengok aku senyum semacam aje. ibu cakap kalau nak berubah jadi lembuttt tu boleh aje. entahlah. aku dah try. susah la.

Now, talking about dress up. well, aku memang jarang hang out dengan kawan. aku selalu pergi melaka dengan ibu. aku rasa happy hang out dengan ibu. nak ape aje dapat, keselamatan terjamin dan kemungkinan untuk ketinggalan bas sangat kecil sebab naik kereta x__x aku dekat rumah sangat poyo. pakai seluar sukan sekolah rendah K, dengan baju besar. keluar rumah aku tukar, t-shirt, seluar track, tudung hitam. boleh dikatan, setiap hari baju yang aku pakai sama warna dengan bekas crush aku -__-

Aku tak reti pakai shawl, tudung bawal pun. bagi aku, shawl dan tudung bawal hanya akan menyusahkan aku. prefer aku pakai tudung sarung, labuh sikit. senang aje nak pakai. jimat 5 minit. aku kalau nak hang fikir 5 kali nak pakai ape. aku hang pun xbawak beg -.-

Kita semua cantik, cuma cara kita tengok di mana letaknya cantik itu berbeza and semua orang ada keistimewaan dan perwatakan yang tersendiri. just be yourself, you'll get the happiness.

You were born to be real, not to be perfect - twitter 

Friday, May 11, 2012

Exams

Assalamualaikum
Chemistry tests, so many feelings. ;A; More likely than not, these emotions are mostly just mine because I care too much, so if this does not apply forgive me for today. &gt;___&lt;;;
Lama aku tak update blog. Yea, i'm too busy with school, house chores and twitter. hehe. kadang-kadang, aku geram jugak dengan pengetua ni. asyik nak buat latihan rumah sukan jea. eh, penatlah. okay, aku dapat khabar angin yg hari ibu haram disambut. semua haram. hari lahir pun kira haram lah ye. takpelah. sebenarnya, hari ibu tu taklah penting mana. sebab kita kena sayang ibu kita hari-hari :)

18 mei ni dah start exams. wish me get straight A's. cuti sekolah nanti aku update. 

Tuesday, May 1, 2012

Hello May

Assalamualaikum
Hari ni first may. Ya Allah, betapa cepatnya masa berjalan. 
Perkara annoying time camping, bila aku baru aje nak masuk toilet sangkut towel. nanti ada orang ketuk pintu then cakap "woi,cepatlah". Eh, siape suruh kau lambat. siapa cepat dia dapat lah.

27-29 April aku camped dekat Kem Pengakap Melaka. Ade majlis penyampaian sijil pengakap raja sekali. nak cuti semester nanti ade camping dekat sungai rambai and bulan 11 tak silap aku ada jambori dekat Selangor. Insya-allah aku pergi.

Yang namanya manusia tu memang ada hati dan perasaan. Bila cakap bab hati dan perasaan ni memang agak sensitive. tapi, ade jugak sesetengah orang yang keras macam batu hatinya. kalau aku lah, tak keras sangat tak terlalu sensitive sangat.

Kalau dah namanya camping, tak payah nak kecoh sangat bab mandi. come on, jangan jadi gedik boleh tak kakak. setakat tak mandi satu hari tu apelah sangat. aku sekali aje mandi. dapat cuci muka, gosok gigi dah kira bersyukur la tu. aku harap, kakak-kakak tu tak pergi lagi camp. buat tekanan jiwa dekat orang lain.
Tumblr_m37yyqwpka1qiaqpmo1_500_large

Alhamdulillah, exam untuk menengah rendah start 21/5. Ya Allah, tinggal 20 hari. Sempat ke? Mathematics punye formula pun tongkang pecah dalam otak ni. aku bukannye malas nak cuci pinggan, lap pinggan, simpan pinggan, sapu lantai, angkat sidai lipat baju. masalahnye, den takde mood. ibu, tolonglah faham.

aku tengah kumpul duit nak beli hadiah untuk 5  ke 8 orang cikgu. cikgu huda, cikgu robiah, teacher puspa, cikgu faridah, cikgu khatijah, cikgu nimarni. aku tengah fikir, nak ke bagi hadiah kat cikgu mohammad? haha. bagi kot. yelah, cikgu math yang palinggg best le katakannn -___-

Saturday, April 21, 2012

Perihal

Assalamualaikum
     
Manusia. seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita semua ni cantik, handsome. Betul, ibu kata kalau seseorang itu ada sepasang mata, hidung ada lubang, ada kening yang tidak dicukur, ada mulut untuk berbicara atau senang kata cukup semua anggota badannya, maka eloklah paras rupa seseorang itu.
I mean, unless you have a hose or a waterfall. 8D;;
Allah itu adil. dia turunkan hujan sebab nak tunjukkan kita pelangi. dalam masa yang sama, mungkin Dia menyuruh kita agar menadah tangan berdoa kepada-Nya saat dia menurunkan rahmat di atas muka bumi ini. Allah juga Maha Bijaksana. tiada seorang manusia dapat menandinginya. mana ada orang yang boleh cipta manusia atau mana ada orang boleh cipta harimau. tidak ada. Allah memberi kita malam untuk bekerja dan malam untuk berehat. jadi, hargailah.

Tahukah kau orang yang tidur tu sebenarnya satu anugerah dari Allah. Jadi, tidurlah. Jangan tidur lambat sangat. nanti dapat eyebags besar besar. aku pun ada,cuma taklah teruk sangat.

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari usaha kamu mencari sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian itu benar-benar terdapat bagi orang yang mahu mendengarkannya"
-Ayat 23 daripada surah al-Rum

kehidupan manusia hari ni memang penuh dengan cabaran hawa nafsu. perempuan ada 9 nafsu 1 akal. lelaki 1 nafsu 9 akal. bagi pendapat aku, walaupun perempuan mempunyai 1 akal, mereka menggunakan akal mereka sebaik mungkin. bagaimana dengan lelaki? aku rasa kalau tengok budak sekolah aku, mereka mungkin menggunakan 9 akal untuk memikirkan pelbagai cara untuk memanjat pagar, skip kelas atau sorokkan rokok. mungkin segelintir.

538749_282341411850962_151206238297814_646189_2075526127_n_large
Jelas lagi nyata. seriously, kadang-kadang aku terfikir jugak macam mana kita boleh berkata-kata dalam hati. pernah tak kau fikir? Allah boleh baca segala yang ada dalam hati kita. Subhanallah, betapa besarnya kekuasaan Allah. 

Monday, April 16, 2012

Mana mungkin,

Assalamualaikum
   
Tittle tu, aku takde idea sebenarnya.
Hmm.

Kalau boleh aku putarkan masa, aku nak jadi budak umur empat tahun yang rajin nak pergi mengaji. bukannye kememehh bila kena marah dengan ustazah. lepastu, ngadu dekat ibu dan nenek. Dia orang buat taktahu je. ahh, merajuk. abang jual ais-krim lalu nak beli. takdapat, aku malas nak ngaji. ha-ha-ha. 

bila tengok album gambar time aku kecik-kecik dulu, mesti aku ingat semuanya. Sekarang nampak macam perempuan. wait,dulu aku bukan lelaki. i mean, aku punya style macam lelaki. senang cerita. tomboy. sekarang? mungkin aku nampak macam gadis melayu jawa yang ke 6 terakhir. bertuahlah siapa yang dapat gadis melayu terakhir. 

Tumblr_lz1ekr0vaf1qzlse0o1_500_large


aku pernah pakai skirt sampai lutut. naik basikal dengan budak lelaki. mandi dekat sungai. panjat pokok. curi buah dekat rumah makcik. conteng dinding rumah orang. tak nak pergi mengaji. keluar rumah dari pagi sampai petang sebab main jual-jual, merempit dengan budak-budak kampung. main baling selipar. Ya Allah, aku rindu nak buat semua ni. benda yang paling best aku rasa mandi dekat sungai. perghhh.

memang best kalau kita smeua tak membesar. tapi itu semua mustahil. mana mungkin semua manusia dekat bumi ni tak membesar. kalau macam tu, hancur lah dunia ni. kalau semua orang tak membesar, sape yang nak cipta laptop, ipad semua ni.

sekejap je dah nak bulan mei. aku rasa macam nak sekarang ni bulan disember. sebab...... aku takut gila nak midterm ni. hmm, mampukah aku membanggakan mereka atas pencapaian ku?

sejak jadi pembimbing rakan sebaya ni, pergi sekolah je aku rasa macam pengawas budak sekolah agama. Yelah, pakai kain warna purple. aku sebenarnya kepenatan gotong-royong kat taman tadi. padahal, takde menyangkul pun. 

Sunday, April 15, 2012

Alkisah

Assalamualaikum
Lebih kurang 2 minggu aku tak online. jadi, kebanyakan malam isnin dan selesa dipenuhi dengan homework, study dan Alida cakap ade cerita dream high 2. maklumlah, aku kan on the way nak minat korea semua ni. Okay, not bad what.
Tumblr_m1gctjj8yn1qeivkyo1_500_large
Majalah Gen-Q isu lapan belum habis aku baca. Tapi, novel "Kau Kekasihku" yang baru aku pinjam hari Sabtu tu, dah separuh dah. Aduh, memang parah. Homework tu pun belum siap. Terbengkalai karangan peribahasa aku. Aku paling lemah ahh buat karangan peribahasa ni. Kalau buat mesti dapat A- *sigh*. Kalau ibu mesti dia akan cakap "Majalah, novel boleh je mengadap. Cepat je khatam. Tu, alquran bila nak khatam tahun ni? Even ayat yang ibu cakap tu tak sampai 1 minit, tapi aku punye sentap dalam der. Yelah, masakan kawan aku boleh habiskan 2 novel dalam seminggu? Tak ke keren tu? Huhh.

Click for more quotes:)
Aku memang dah maafkan kau MJ. Tapi, tak semudah itu aku memadamkan segala kekecewaan aku terhadap kau. Team olahraga semua harap kat kau as third runner. Den macam nak mati kejar budak "hantu speed" tu. Mu boleh relax je lari. Aku harap kau berubah, bukan demi aku. Tapi demi kebaikan team olahraga. Jangan sampai kau kena buang betul-betul drpd team.

Aku memang boleh gila belajar bab chapter yang linear equation tu. Pergh, mula-mula masuk chapter tu happy. Maklum, katanya senang. Amekkaww. Dah nak habis chapter macam orang gila buat latihan. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu fardhu kifayah.

P/S : students kelas aku kalau belajar pasal proses kejadian manusia. padah excited. *rolling eyes*. 

Sunday, March 25, 2012

Dulu lain

Assalamualaikum
179065_193549410655482_139814722695618_789745_8089430_n_large 
Alhamdulillah, SMKSM johan MSSNM kawasan merlimau tahun ni. sekolah pulai pun johan bagi kategori sekolah rendah. hari last kat smk sungai rambai tu kulit aku dah macam tahi cicak. ya, hitam dan putih. hekk. takpelah, biasalah kan adat masuk olahraga.

time kat mss ada seorang kenalan aku di sana. dia lelaki. aku memang dapat rase yang sejak dua menjak ni dia macam rapat semacam dengan aku. kitorang memang dah rapat time camping dekat terengganu hari tu. cumaaa, aku taknak ganggu dia lagi sebab aku dpt tahu dia dah couple dengan kak nisa. aku taknak orang panggil aku perampas bakal suami orang. ha-ha-ha.

tetiba dia hantar satu text ade perkataan sayang. seriously, dulu time form one aku masih boleh terima pakwe aku panggil sayang, dear kecuali baby. tapi, bila dia panggil aku sayang aku macam takboleh nak terima langsung. geli makk. ni mungkin kesan dah lama meninggalkan zaman cinta monyet.

hari jumaat aku memang malas nak datang sekolah. mengenangkan nak minta homeworkZz,nota kat gang, aku datanglah jugak. gila lahh, banyak betul kerja yang aku kena buat. 3 hari tak belajar dalam kelas. Ya allah, memang banyak gua cakap lu. time kh, kitorang kena menjahit. erghhh. aku memang tak suka menjahit. aku suka masak aje. terkial-kial aku nak menjahit. jahit kia yang senang pun aku terlupa.
 
doakan aku sihat eah. demam ni. hmn. mungkin sebab asyik menjerit bagi sokongan time mss. pulak menjerit kuat-kuat bawah matahari yang panas. biasalah, ozon nipis kan. 

Monday, March 19, 2012

it all about life.

Assalamualaikum
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Tapi, adakah sepuluh orang anak mampu untuk menjaga seorang ibu bila mereka semua dah dewasa dan bekerjaya nanti? Itu memang realiti kehidupan kebanyakan masyarakat sekarang ni.

Kita kena sedar selalu yang kita ni manusia yang lemah, sering melakukan kesilapan. Aku pun macam tu, tak sah dalam sehari tak buat salah. Dan, kesalahan itu merupakan guru yang sangat luar biasa dalam kehidupan. Dengan kesilapan lah kita mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ustazah kata, jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ni :)

Semakin kita berpangkat,kaya, pandai. semakin perlu sikap merendah diri dalam diri kita agar kita tidak mudah alpa dengan nikmat yang Allah berikan. Allah boleh saje memberikan nikmat kepada sape saje yang dia kehendaki dan Allah boleh aje tarik segala nikmat yang dia telah berikan kat sape aje yang dia nak.

Allah tu Maha Berkuasa. Tiada yang dapat menandingi kekuasan-Nya. Ade ke manusia boleh cipta seorang manusia? mungkin boleh, tapi ianya robot kan? dan, tak ada ciptaan manusia yang se-sempurna ciptaan Allah SWT. Bila dia nak turunkan bala kat kita, dengan serta mertanya kita kena bala. Dengan kalimah "kun fayakun" aje. Subhanallah.

Okay, doakan aku nak lari esok, rabu, khamis. aku nak dapat emas dalam semua acara. insya-Allah. Aku sentiasa berharap agar Allah berikan aku ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan. aku akui aku memang seorang insan yang lemah. aku selalu diuji dengan pelbagai cabaran, kesedihan and etc. Hmn.


Sunday, March 18, 2012

Pasrah.

Assalamualaikum
Jadi, kau fikir kau hebat pandang aku slack gila kat pasar malam padahal kau anak buah aku sebenarnya. Aku tak mintak kau panggil aku makcik rin. hekk, aku lebih rela panggil kau kakak. taklah nampak yang aku ni tua sangat kan? And, kau kena tahu yang aku memang bersabar dengan kau sebab kau boleh bukak lagu korea kuat-kuat time aku tengah tengok TV? Aduhh.

aku memang pasrah betul hari ini hari ahad. aku kena gosok baju 2 aje kot. yelahh, selasa rabu khamis aku mana ade kat sekolah. memang kesian hasanah kena kutip duit kelas sorang-sorang. adakah gang aku akan rindu kat aku? aku harap diorang doakan depaaa.

hari ni birthday rassafirah, may Allah bless her :-) aku harap, persahabatan kita kekal selamanya sayang. hihi. kenapalahh dunia pescebukk ni penuh dengan drama. cehh, kat info komain lagi cakap tak approve gambar kartun, aku add kau pakai doodle comel kau approved je.. haaaaa ape tuu? dahlah. assalamualaikum. take care. wish me luck during MSS Kawasan. 

Thursday, March 15, 2012

Cerita Bandar.

Ni kumpulan ovoid. Aku sebelah tudung purple tuu :)
Kita orang semua biasa aje. Bukan budak bandar. Tinggal dekat kawasan Umbai. Kita orang punya dress up bukannya hebat. Cukup sekadar memakai tudung dan menutup aurat. Kita orang pakai t-shirt, tudung syiria dan jeans aje.

Kadang-kadang kita orang semua jealous jugak tengok budak perempuan baya macam kita orang dress up cun-melecun. Putihnyaaa kulit dia orang semua. Lawa rantai owl dekat leher dia orang. Siku dia orang pun cantik.

Kita orang tak jealous pun tengok bila ada perempuan yang jalan dengan pakwe dia orang semua. Pegang-pegang tangan, peluk-peluklah. Ouhh, sweet kan. Mungkin di bandar, perkara sebegitu sering dianggap normal. Yelahh, peluk future husband kan?

Sapelah kita orang ni kan? Pergi mahkota parade tak pakai shawl bagai. Kasut tumit tinggi. Lagi ape? Aduhh, banyak sangat. Nak pergi melaka pun susah. Nak minta izin keluar macam nak menangis *ktipu*. Kita orang takde pakwe. sebab kita orang anggap benda tu macam takberguna buat masa ni.

Allah kan tak kasi kita dekat dengan zina :) And, bila kita orang nampak ade laki handsome pegang tangan awek dia. Kita orang anggap dia taksayang awek dia. Sebab

Kalau dia sayangkan awek dia, dia tak akan sentuh awek dia. Yelah bukan muhrim. Awek pakai shawl cantik. Lilit-lilit. Kalau betul dia sayang awek dia, dia takkan bawa awek dia mendekati neraka. 

Friday, March 9, 2012

Tutup aurat supaya selamat

Assalamualaikum
Now, aku nak kupas mengenai aurat. Hemn, aku ni taklah perfect sangat dalam semua aspek menutup aurat. Tapi, aku cuba untuk sempurnakan. Insya-allah. Next year aku nak pakai tudung labuh yang bulat tu. Anis kata nanti aku makin comel x__x

Kerana Allah Sangat Menyayangi Wanita 

Apabila Allah swt mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah swt menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.

Bayangkan, kalau Allah tidak menyuruh kaum hawa menutup aurat? Apakah yang akan terjadi kepada bumi ini. Mesti maksiat dahsyat gilaaa gilaaaa. Yelah, perempuan yang pakai sexy-seksa ni boleh mengundang nafsu LELAKI.

Actceli, memakai tudung tak sama dengan menutup aurat. 

Thursday, January 26, 2012

Kisah benar ya.

Assalamualaikum
"Bekk. Bekkk.Bekk". Kedengaran suara kambing. Pak cik Dollah di hujung kampung bela kambing. Mujur aje bau tahi kambing itu tak merebak sampai kat rumah nenek. Aku bersyukur gila.



Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat; "Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan teman baik?" Baginda SAW menjawab yang bermaksud; "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika kita mengingati Allah SWT dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika kita alpa dan lalai mengingati-Nya".

Kenapa perlu ada exam ya? Hapuskan aje lahh. Membazir banyak kertas tahuu. Budak lelaki kelas aku, lepas habis bincang paper terus campak masuk dustbin. Membazir kan amalann syaitoooonn. Hapuskann exam! Hapuskan exam! K, lol. Ade siapa sokong exam dihapuskan di malaysia ni ? Sokonglahh. Nanti saya bagi hadiah gula gula.
Tumblr_lky6fycyfk1qd7w9fo1_250_large 
Aku tahu kau lebih tua daripada aku. Perempuan berusia 16 tahun. Ohh please, jaga tepi seluar sendiri ya. Aku malas nak jaga seluar kau. Jenama apa ya? Levis? Lee? Ughh, peduli apa aku. Kau sama aje dengan aku sebenarnya. Bila meninggal, tanah tempat kita.




Wednesday, January 25, 2012

Realiti.

Assalamualaikum
Kalau aku mahu buat entry, aku mesti memerlukan ketenangan. Means, tiada lagu Lazy Song untuk didengar. Ataupuun, lagu price tag. Kedengaran hanya bunyi kipas KDK yang berpusing lajuu. Shiuuu. Aku sejuk. Peluh yang banyak membuat badann aku cool bila kena angin. Ya. Cool.

Aku happy lah jugak bila Raziman pindah and nak masuk sekolah aku. Choy, terima kasih tegur aku. Aku hargai itu ya. Aku masih ingat saat kita bertemu di kedai Solaris masa aku nak pergi sekolah agama, 2 tahun lepas. Heww. Rushed gila kot aku. Nasib kain tak sangkut dekat rantai basikal.

Aku taktahu kenapa kadang-kadang aku benci dan menyampah dengan kawan aku sendiri. Ya. Ade aje yang aku tidak puas hati. Mereka juga. Dah salah buat muka sepuluhh sen. Benci .__. Tapi, mereka tetap kawan aku. Aku sayang mereka? Yaaaaa, aku sayang semua kecuali ... Eah eahh. Lupakan.

Kali pertama aku melihat bumi pada tarikhhh 6 Mei 1998 tepat jam 8.00 pagi. Heh heh. Tengok surat beranak leww. Okay, aku terjumpa personaliti orang yang lahir pada bulan Mei kat satu blog ni. Gilaa ohh. Banyak sama -.-



- keras hati dan degil : ya laa tu
- kuat semangat dan bermotivasi tinggi : no comment
- pemikiran yang sangat tajam : Eheheee
- mudah marah : jujur, memang ponn. Benci perangai ni
- perasaan yang mendalam : Apakahh ini?
- pandai menarik hati orang : Cewahhhh
- cantik dari segi mental dan fizikal : Entohhleee
- suka kepada sastera, muzik, seni dan melancong : Of courseee
- pandai berdebat : Ye lee kot
- mudah dipujuk : Macam takk mudah ajoo -__-
- tidak suka duduk rumah : Ya. Tapi, malas nak keluar dari pagar rumah
- agak boross : Inilee kelemahan yang tak berapa lemah sangat

Haaaaaaaaaaaa, teruk jugakk T^T. Banyak lagi, malas nak type. Bukan ade yang bacoo pun.


Friday, January 6, 2012

Hadapi walaupun ianya teruk.

Assalamualaikum
Tumblr_lwpo4bccxx1qejiumo1_500_large 
Saat sebuah jam gila di rumah aku berbunyi dan memekak taknak berhenti. Itu maksudnya telah masuk pukul 10 malam. Hari ni Jumaat. Masa berlalu begitu cepat. Mungkin kalah kelajuan sebuah kereta ferari? Hahaha. Actceli, aku lupa berapa kadar kelajuan bumi berputar dalam masa 1 jam.

Homework pun makin banyak. Tinggi menggunung kata budak perempuan kelas aku. Heww. Tapi aku rasa homework tak setinggi gunung pon. Heh heh. Cuma, dalam 10 buah aje buku yang mengandungi homework. Ya. Banyak kan. Next week cikgu dah nak tengok. Macam-macam. Agama, nak kena hafal ini lah. Itu lah. Sejarah kena buat note. Dan banyakkkk lagi. Sempat kah aku untuk menyiapkan segalanya? Insya-Allah aku dapat siapkan semuanya. Eah, mesti siap!

Terdetik hati aku nak tarik diri daripada olahraga. Aku bukan pengecut. Mungkin aku hanya seorang yang hampir bosan dengan training olahraga. Bosan. Ialah, dari aku darjah tiga sampai form two. Asyik kena lari aje. Penatlah. Aku juga banyak kali kecewa dengan kekalahan. Tapi ibu kata, menang atau kalah itu adat perlawanan. Mungkin belum rezeki dan ada hikmah disebalik semua itu. 

Mendalami kata-kata ibu bukan mudah. Bukan juga susah. Eh? Ibu tiada di posisi aku. Perasaan aku bercampur. Celaru. Rimas. Segalanya ada.

Aku bukanlah seorang gadis berusia 14 tahun yang sangat kental semangatnya. Sometimes, semangat dan kekuatan aku boleh hancur tanpa diduga. Dengan hadirnya pelbagai perkara yang tidak diingini. Tapi, apa yang aku boleh lakukan? Aku cuma duduk berdiam. Dalam hati, aku meminta kepada Ilahi agar aku diberi kekuatan untuk terus hidup di dunia yang fana' ini. Aku sedar, aku cuma hamba Allah yang lemah.

Kadang-kadang juga, aku dapat merasakan cara aku melalui dan mencorakkan kehidupan serta masa depan aku teruk. Teruk dan tak berapa teruk sangat lah. Ugh *rolling eyes*. Sudahlah. Ape yang aku type macam keling aje.



Wednesday, January 4, 2012

Perasan ini

Assalamualaikum
Ini muka orang penat. Gilahh. Training olahraga makin dahsyat. Btw, hari ni hari first sekolah untuk tahun 2012. Budak form one tahun ni ramai betul. And, banyak kelas ditukarkan dari block B ke block lain. Macamtu lah lebih kurang. Macam keling aje susunan kelas.

Kebanyakkan budak perempuan kelas aku tidak puas hati dengan tudung mereka. Termasuklahh aku. Longgar dan gila. Daripada tudung tu berlipat, terus tak lipat. Malas dahh aku. Aku fikir tahun ni taknak ade jawatan langsung. Mereka undi aku. Tapi kali ni, jawatan aku ialahhhh bendahari. Heh heh. Aku menyokong Athirah jadi penolong. Aku dah banyak kali jadi penolong. Bagikann. Guru kelas 2A pulak, Cikgu Nurul Huda. Comell. Sporting aje. Dia ajar BM.

Aku malas nak lepak dengan budak-budak main kat luar. Aku penat tahap gaban ni. Keluar rumah pun sakit hati aje. Besok tiada training, cikgu meeting. Aku bahagia. And esok aku dengan geng aku nak buat jadual bertugas. Sebenarnya ini tugas Syahir selaku Ketua Kebersihan. Tapi, aku tak yakin dengan dia. Biarlahh aku dengan geng aku je yang buat. Thirah pun setuju.
Aku rindu kan kau. Tapi kau macam buat bodoh aje kan? Kau macam dah tak pernah kenal aku langsung. Damn. Kau nampak aku pun, macam aku ni orang yang dah takde makna langsung. Okfine. Aku pun nak buat macamtu. Aku memang dah deleted segala tentang kau drpd phone aku. Tapi, untuk memadam diri kau daripada memori aku itu satu perkara yang sangat susah. Hmm. It's okay. Aku tahu yang kau sebenarnya bahagia tanpa aku kan. 

Aku malas dah nak update blog. Busy. Busy and busy. Dan kena study study and study. Aku taknak jadi macam budak form one lagi yang happy aje memanjang. Tak serious sangat. Aku kena lebih matang. Matang.  Time buat nota geografi tadi, aku asyik tulis tarikh 4 Januari 2011. Heww. Okay. Doakan aku bahagia ye.

Tuesday, January 3, 2012

Menutup aurat tapi hati ...

Assalamualaikum
Esok hari Rabu dan hari persekolahan bagi sesi 2012 telah bermula. Aku inginkann suasana sekolah yang jauh lebih awesome. Okay. Study. Study. Study. Badan aku sengal semuanya. Mana tak, 12 rounds padang kena lari time traning semalam T__T
Okay,Isu ini masih hangat dipertikaikan oleh ramai budak hot di laman Facebook dan Twitter. Aku tak tipu. Mereka memang hot. Hmm. Aku bukan nak membangkang kata-kata mereka. Cuma, kurang puas hati aje. Aku tahu, aku menutup aurat pon tak tentu sempurna sepenuhnya lagi. Ini sekadar untuk kesedaran mungkin. Okay, aku bagi contoh benar. Tapi nama tipu aje. 
Ali IV :
Perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik :)
Zatul III :
Harap aje pakai tudung, tapi hang dekat Pavi siap pegang tangan laki
Husain Evnas :
Perempuan yang pakai tudung ni bajet alim je.
Koku Krunch II :
Perempuan yang free hair tak semua jahat. 

Terdapat pelbagai persepsi di sini ye. Aku pun pening. Benda ni semua, aku sendiri dapat lihat dekat sekolah. Kebanyakan pelajar perempuan pakai tudung. Bila aku dengan gang aku bercakap dengan gang budak kelas G, bahasa yang mereka gunakan,amat dahsyat dan hebat gile. Untung aje babi tak datang betul-betul kat sekolah. Pakai tudung, bahasa teruk dan adab kurang. Bagi aku, mungkin perkara macamni agak memalukan kaum hawa sendiri.
 
Ambil lah pengajaran daripada status yang aku telah screen capture malam tadi. Wanita yang bertudung mungkin belum tentu baik. Tetapi mereka baik dari sudut pakaian. Manakala, perempuan yang baik mesti menutup aurat. Semoga, kita baik dari sudut perlakuan dan cara berpakaian. Semalam, aku terbaca status seorang kakak panas ni. Tak silap aku dia buat status:
"Perempuan yang free hair lebih comel daripada yang bertudung". 
Aku akui memang kakak tu comel cun ayu dann segalanya. Biarlah, cantik rambut dekat dunia belum tentu cantik kat akhirat. Eh? Ye ke ape yang aku cakap ni. Takpelah, fikir sendiri :)


A student. A teen girl.

Assalamualaikum
Tumblr_lruzx5foxp1qe9or5o1_500_large
Aku bukan seorang pelajar yang benci kan sekolah sampai update status fuck school. Wei, kalau kau tak sekolah mungkin kau nak menaip keyboard ni pun terkial-kial sebab kau tak kenal huruf dan nombor. Sorrylah. Kenapa perlu fuck sekolah? Kalau benci sangat sekolah, tak payah daftar lagilahh. Buat habis duit mak bapak aje. 
Gambar di atas? Hehe. Kenyataan juga. Aku taktahu tahun ni kelas tambahan untuk kelas A hari ape dan sampai pukul berapa. Tahun lepas, kelas Math hari Isnin sampai jam 4 petang. Mana tak bijak budak kelas A dalam subject Maths. Hewheww O.O Extra classes sangat memenatkan. Habis class terburu-buru pergi solat kat surau. Dengan laparnya. Cuaca yang panas. Hanya Allah je tahu acano perasaan gue dengan teman-teman. 
Cikgu Nimarni cakap, latihan olahraga tahun ni setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Memang ohhsem lah hari Jumaat ada training sebab aku malas nak datang Meeting Pengakap. Tapi kann, hari Sabtu tu? Hmm, takde apelah. Mungkin masa belum sesuai untuk aku hang macam kebanyakan remaja setiap hari Sabtu kat town. Best sangat ke hang setiap minggu? Takbosan ape? Macam tak bermanfaat bagi aku. Study lagi bagus kann :)
Rabu ni dahh start sekolah. Mungkin aku akan jarang update. Schedule aku full. Hehe. aku harap ramai student form 2 tak undi aku untuk ade jawatan dalam form dan kelas. Tolonglahhh. Aku ni agak pemalas sikit. Sikit aje lah. Kadang-kadang, aku rasa teruk jugak sebab aku tolak jawatan jadi pengawas sekolah. Sedangkan ramai gilakan jawatan macam tu. Kenapa dengan aku ni ye? Kenapa? Heww. 
Ape pun, esok dah kena start kemas beg. Gosok baju. Tulis nama kat buku. Hihi. Macam mana ya tulisan aku nanti? Macam cakar lembu ke *kata budak facebook. 
Selamat kembali ke sekolah kepada anda semua ! Berubah lah menjadi pelajar yang jauh lebih rajin demi masa hadapan yang cerah. Eacehh, ayat aku u__u