Tuesday, December 25, 2012

Demi Redha-Mu Ya Allah


matahary:


Daun yang jatuh tak pernah membenci angin, dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, mengikhlaskan semuanya. Bahwa hidup harus menerima, penerimaan yang indah. Bahwa hidup harus mengerti, pengertian yang benar. Bahwa hidup harus memahami, pemahaman yang tulus. Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman itu datang. Tak masalah meski lewat kejadian yang sedih dan menyakitkan. Biarkan dia jatuh sebagaimana mestinya. Biarkan angin merengkuhnya, membawa pergi entah kemana.
[Daun yang jatuh tak pernah membenci angin; Tere Liye]

#Hakikatnya, gugurnya daun itu mengajar kita tentang keikhlasan.
Berat rasanya bagi Sumayyah untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
"Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok. Saya harap sangat awak dapat berubah menjadi seorang lelaki yg lebih baik walaupun saya tiada di sisi awak lagi. In sha Allah one day, you will be a great pilot. Sorry for everything. May happiness will always be yours".
Sumayyah membaca balik SMS yang dikirim kepada Iqmal. Agak berdebar menanti reply dari si dia. Berharap agar dia benar-benar memahami. 
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Iqmal!
Perlahan-lahan Sumayyah membaca SMS.
"Thanks for everything Sumayyah.Walaupun sukar untuk saya terima dan memahami penghijrahan awak,tetapi saya akur. Saya cuba faham. Jaga diri"
Berderai air mata Sumayyah selepas mendapat SMS dari Iqmal. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi pergi pulang sekolah bersama. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Sumayyah menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Terasa sangat lemah, Sumayyah menghantar SMS kepada teman baiknya Syazana. Sumayyah pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada Syaz sebelum ni. Syaz banyak membantu Sumayyah. Dia sering memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perubahannya. 
"Salam Syaz. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing?"
"Mayyah..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada".
Memang Sumayyah sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej orang lain yang juga bertudung dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Sumayyah mahu berhenti berSMS dengan Iqmal sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana Syaz yang suruh tapi sebab Allah! Sumayyah mahukan redha Allah. Sebab Sumayyah tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Sumayyah berSMS dengan Iqmal. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Sumayyah peroleh redha Allah.
Sumayyah juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Iqmal, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Sumayyah sentiasa teringatkan Iqmal. Tidak pernah sehari pun hari Sumayyah berlalu tanpa teringatkan Iqmal. Sentiasa mengharapkan mesej daripada Iqmal.

Jauh di lubuk hati Sumayyah, dia sangat berat untuk melepaskan Iqmal dari kehidupannya. Banyak kenangan pahit dan manis antara mereka. Sejak mengenali Sumayyah, ramai yang berkata bahwa Iqmal telah berubah. Dia sudah menjauhkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan yang selalu ponteng sekolah. Kakak Iqmal juga, dia bilang Iqmal sudah rajin bangun solat Subuh,sudah tak panas baran. Kehadiran Sumayyah benar-benar mengubah diri Iqmal yang dulu dilabel sebagai playboy dan malas nak study. Sumayyah binggung,resah. Dia bimbang jika kepergiaanya meninggalkan impak kepada Iqmal. Sumayyah hanya mampu berserah. Semoga Allah sentiasa melindungi Iqmal dan memberikan Iqmal kekuatan dan ketabahan untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya.
Tapi, Sumayyah nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

"Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
"Bye Iqmal. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan? Saya harap awak kekalkan siapa diri awak sekarang,saya suka dengan perubahan awak. Awak betulkan kembali niat awak untuk berubah. Berubah demi Allah,bukan saya. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu"

p/s : Entri ini diadaptasi daripada sebuah entri. eh?