Wednesday, December 5, 2012

Hujan dalam Hati

Assalamualaikum

Bila difikir-fikirkan balik. Aku rasa, Aqilah Nasrin yang dulu mempunyai perangai yang agak teruk. You know, sometimes, aku lupa yang dunia ni sementara. Aku lupa yang nyawa kita boleh diambil bila-bila masa sahaja. Aku mungkin terlalu mengejar keseronokkan di alam remaja. Mengejar sesuatu yang tak pasti. Mencuba sesuatu yang belum tentu baik kesannya kepada diri ini. Aku benar benar khilaf.

Jatuh cinta dengan manusia yang belum tentu menjadi milik kita memang indah. Tapi, yang tak indahnya bila kita jatuh dan tiada yang akan menyambut dan mengangkat kita semula setelah jatuh dengan cinta. *poyo nya ayat aku* Senang cakap, trend budak sekarang ialah "CRUSH".

Aku pernah ada crush. Hmn tapi sukar untuk aku katakan bagaimana. Crush ke kalau dia pun menyimpan perasaan yang sama terhadap diri aku? I dont think so. Itu mungkin dipanggil Kejatuhan Cinta yang Disambut oleh Manusia yang Saling Mencintai. *waduh jiwang*

Lama perasaan tu aku biarkan begitu sahaja dibawa angin sepoi sepoi. Sungguh, jauh di sudut hati aku, aku memang jealous bila dapat tahu dia sudah ada kekasih bukan awal dan belum tentu akhir. Yalah, dia kata dia nak jadikan aku as isteri dia sampai ke syurga. *hmn I just fourteen, kenapa bisa sampai sini ya?aneh banget*

Meskipun dia sering menghantar text yang mempunyai janji janji lolipop kat aku. Aku jarang sekali reply. I dont know how to reply a really really sweet text. So aku biarkan sahaja. Kalau reply pun aku hanya akan type gini " :) " bagus bukan? sekurang-kurangnya aku bagi dia sedekah.

Tapi semalam. Hatiku hancur. Seperti balang kaca ibu aku yang jatuh dilanggar kucing untuk merebut ikan di dalam tudung saji. Berkecai. Aku tak sangka dengan apa yg dia cakap semalam. Dia macam bukan orang yang aku kenal. Sungguh. Mati-mati aku percaya jurang antara budak lelaki sekolah agama dengan sekolah biasa itu seperti langit dan bumi.... Tapi pada hakikatnya, macam tinggi pokok bunga kertas dengan tanah aje. Aku kaget bila air mata aku mengalir masa baca last text dia. *hahahaha i feel stupid*

T_T></div></a>

















<div id=

Awak, bila saya tak cakap yang saya cintakan awak, saya rindukan awak, saya risaukan awak... tak bermakna saya tak sayang. tak bermakna saya tak rindu. Biarlah hanya Allah yang tahu macam mana perasaan saya dekat awak. Semoga dia sampaikan salam rindu saya buat awak. Maafkan saya kalau memang saya tak pernah reply text cinta cinton awak. 
Menangis.></div></a>

















<div id=
Ya Allah jika benar aku terpaksa kehilangan orang yang aku cintai semata-mata untuk menegakkan hukum agamaMu. Berikanlah aku ketabahan dalam semua ini. Berikanlah aku kekuatan untuk berhadapan dengan dia. Aku yakin, Engkau telah menulis kisah cinta seseorang dengan lebih indah berbanding apa yang kami rancangkan. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perancang. Kuatkanlah iman dia ya Allah, jangan Engkau jadikan dia seorang lelaki yang jatuh imannya kerana seorang wanita.