Wednesday, November 21, 2012

Engkau yang Maha Pemurah

Assalamualaikum

Dah seminggu cuti sekolah. Dan aku rasa sifat pemalas aku macam makin menjadi-jadi pulak.

Semalam aku pergi kelas mengaji dan tajwid. Aku punya leka menghadap laptop sampai tak perasan jam dah dekat pukul 5.30 petang. Padahal, tweet je pun. Lepas je habis Ustazah ajar tentang tajwid. Dia bagi ceramah sikit. Aku tak ingat semua tp aku ingat isi penting.

Mengaji al-Quran ni bukan setakat sampai khatam je. Baca lah al-Quran sampai ke nyawa kita diambil oleh Malaikat. Al-Quran ini penuh dengan mukjizat. Yang paling menarik bila ustazah cakap, dekat dunia ni ada ramai sangat manusia. Antara kita semua berbeza. Eventho kita berbeza dr segi bahasa, budaya dan pemakanan tp agama yg benar cuma satu iaitu Islam dan kita semua akan membaca al-Quran dalam bahasa arab. See? Al-Quran itu sama dimana-mana pun ia berada. Di negara orang putih ke, hitam ke coklat ke. Isi kandungan al-Quran takkan pernah berubah. Subhanallah. Sungguh Allah itu Maha Bijaksana.

Bila kita belajar bahasa Arab, cukup banyak pahala yg kita akan dapat. Kalau kita amalkan lagilah pahala kita banyak. Bayangkan kalau kita selalu baca al-Quran. Satu hari susah nak tinggal. Bahasa yg digunakan dlm al-Quran ialah bahasa arab. 1 huruf = 10 kebaikan yg Allah akan bagi kat kita. Kalau kita baca 3 muka surat? MasyaAllah. Betapa pemurahnya Allah buat hamba-hambaNya yg beriman dan melakukan kebaikan.



Kita hidup kat dunia ni sementara. Akhirat ialah destinasi yang pasti. Ya. Remaja hari ni memang kebanyakannya pandang remeh temeh mengenai agama. Kadang-kadang orang yang aku kenal pun mcm tu. Bila kita tegur dia pasal solat. Cepat aje melenting. hmn
"Dulu masa sekolah rendah parents hantar anak-anak pergi kelas mengaji sana sini, tapi bila anak-anak dah masuk secondary sch ramai ibu bapa tak ambil berat dah pasal pendidikan al-Quran"

Seriously, aku tak sanggup nak baca and tengok berita mengenai penderitaan yang dialami oleh penduduk di Palestin. Yang pasti, Bani Israel akan hancur. Allah dah nyatakan semua dalam al-Quran. Ya, janji Allah itu pasti. Janganlah kita berdoa untuk mereka semua.