Saturday, November 10, 2012

Usia Muda.

Ibu telah menyusun jadual harian special untuk aku. Maklum, cuti hampir 2 bulan.
Sadis sekali ya. Tuition dan bermacam-macam kelas.


#This image is perfect. Tengok betul-betul.
Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya, tetapi seorang insan tahu betapa indannya ia. Ia juga seperti dirimu. Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu, tetapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya ketika engkau taat dan patuh pada suruhan-Nya, ikhlas dengan semua yang engkau alami, redha dengan setiap kekecewaan, tersenyum saat sukar dan disakiti, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki. Semoga kita menjadi insan terpilih dan terindah di hadapan-Nya. 

Fahami dan hayatilah setiap bait ayat yang dinyatakan.

"Sesungguhnya Allah Azzawajalla suka dengan pemuda yang tidak terdapat kecenderungan menuruti hawa nafsu  pada dirinya" (Riwayat Ahmad)
Ya. Sedarlah, zaman remaja adalah zaman yang indah. Jika kita terus berpegang dengan ajaran-Nya, pasti lebih banyak keindahan yang akan kita kecapi. Remaja ataupun bahase glam dia, TEEN. Aku jarang beli majalah Yezz! dan remaja. Sebab aku rasa majalah tu lebih cenderung kepada cara hidup budak Keyyeil a.k.a KL. Aku ni budak  kampung aje. eh,kampung sekarang dah maju ok. Ada wi-fi lagi. Wehee

Hanya remaja yang mempunyai pegangan agama yang kuat sahaja dapat membentuk peribadinya ke arah akhlak mulia acuan Rasulullah.

Satu hadis Baginda ada menyebut bahawa salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah pemuda yg membesar dalam keadaan taat kepada Allah.

Masa muda adalah suatu tempoh masa yang menunjukkan penguasan nafsu dalam diri. Sebab tu, sesiapa sahaja yg dapat mengalahkan nafsu dan cenderung ke arah kebaikan, dialah orang yang memiliki kekentalan takwa dalam diri.

Hmn, memaafkan seseorang yang telah menyakiti dan menghancurkan hati kita memang perit dan rasa seperti mereka tidak layak untuk mendapat sebuah kemaafan atas tindakan mereka. Tapi, kalau kita sendiri keras hati untuk maafkan seseorang, macam mane Allah nak maafkan kita. Sebenarnya, hanya dengan kemaafan sahaja kita telah mengubat hati yang terluka. Mungkin hanya kita yang tak sedar.