Thursday, December 29, 2011

Fikir sebelum cakap

Assalamualaikum
 ‫תמונות קיר‬
Aku bukan seorang gadis perempuan yang alim soal agama. Aku melakukan banyak dosa dalam kehidupan. Setiap hari aku melakukan kesilapan. Tapi di sini, aku mahu kongsikan segala yang aku terima :) 

Rasulullah SAW bersadba yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata baik atau diam"  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid, setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi saw mengandungi makna yang amat hebat dan mendalam. Kesemua pesan Nabi saw dalam hubungan dengan manusia dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut 

  • Berkata-kata baik atau diam
  • Salah satu tanda baiknya seseorang adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya
  • Jangan mudah marah 
  • Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sbagaimana ia mencintai kebaikan untuk dirinya

Hmm, aku banyak cakap benda yang tak berfaedah di sekolah. Mungkin aku patut berubah :) 


Tuesday, December 27, 2011

Before the year 2011 ends

Assalamualaikum 
sн σσ sн αα.'s
Setiap orang ade impian . Cita-cita . Mahupun keinginan . Semua tu lebih kurang je dengan cita-cita . Haihh , introduction aku . Hehe . Cita-cita eahh ? Masa aku kecik-kecik dulu , setiap tahun aku tukar cita-cita . Haha. Tahun ni nak jadi guru . Tahun depan nak jadi doktor . Tahun depan lagi nak jadi ustazah . Tahun depan punye depan nak jadi penulis novel . Hihi . Okay now . Cita-cita aku ialah akauntann . Alahh, macam kau orang takpernah jadi macam aku kann :P

Aku ingat lagi ape yang cikgu tadika aku cakap kat aku time aku berumur enam tahun : "Orang yang tak ade cita-cita , umpama orang yang tiada tujuan hidup" . Haa , betul tu . Yelahh kan , aku hidup sekarang untuk belajar sampai ke manara gading lepastu cari kerja yang bagus then balas jasa parents aku . Cari pahala kat dunia ni untuk bekalan masa akhirat nanti dan menikmati kehidupan ni sebaik mungkin . 

Okay. Hidup ni sebenarnya terlalu singkat daripada apa yang kita jangkakan . Tapi , kalau kita nak menceritakan perjalanan kita dalam kehidupan , ia terlalu banyak kisah . Kisah suka dan duka . Masam dan manis . Tawar dan terlebih garam . Hehe . Mungkin , kalau aku nak ceritakan segala perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam sebuah buku nota , aku rasa ia tidak mencukupi langsung . Yahh . Setebal manekahh buku itu nanti ? Setinggi pasu bungga ibu aku kahh ? Hehe . 

Before the year 2011 ends . Aku nak buat azam baru untuk 2012 :) 
  • Aku nak jadi seorang yang jauh lebih baik drpd tahun ni 
  • Aku nak jadi seorang yang taat akan perintah Allah , kedua ibu bapa dan nenek tercinta 
  • Cukupkann solat 5 waktu ! 
  • Nak study betul-betul . Kurangkan online dan blogging 
  • Haaa, aku taknak ada cinta monyet . Ahh, lantak sama monyet tu. Kalau aku ade perasaan pon, buat bodoh jelahh . Tunggu lepas habis SPM . Aku akan cuba sedaya upaya ! :D 
  • Nak jadi student yang lebih bertanggungjawab 
  • Nak jadi seorang sahabat / kawan yang disayangi semua orang

Okay . Enough . Aku harap semua azam aku tu dapat dikotakan . Aku mungkin tak mampu nak jadi seorang yang sempurna . Tetapi, aku cuba untuk tidak mengulangi setiap kesalahan yang aku lakukan . Amin .



Aurat seorang hawa :)

Assalamualaikum 
Profile Pictures
Eacehh , tittle aku kali ni macam menarik kann ? Hehe .

Zaman modern sekarang ni pelbagai fesyen terkini dann terhangat di pasaran . Hoho . Pandai-pandailahh pilih ye . Jangan mudah terikut-ikut sangatlahh . Lagi-lagi kita sebagai seorang muslimah :) Sekarang ni musim orang pakai shawl . Hana Tajima lahh . Eahh betul ke spelling ? Ape-ape jelah . Aku taktahu sangat . Kesian kann aku . Haha . Then , pakai pulakk rantai owl tu . Kesian lagi kat aku . Takde langsung bende-bende itu semua . Hehe 

Haa , takpelahh . Janji aku pakai tudung dan menutupi dada . Choy, buat ape kalau kita pakai shawl cun-cun tutup rambut ape semua . Then buat sanggul tinggi menggunung , macam boleh sangkut beg kat sanggul tu tapi tak menutupi dada ? Sama macam tak menutupi aurat . Okay, aku nak bagitahu something . 

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 . Bermaksud :
Hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereke ke leher dan ke dada mereka . 

You nampakk kann ? eahh, geli pulakk pakai I U dalam blog . Hehe . Okay, menutup dada dengan tudung barulahh cara menutup aurat yang betul . Okay, kalau kau orang semua nak tengok kesalahan aurat yang sering dilakukan oleh muslimah hari ni . Tekan ni

Aku macam dah lali kena kutuk dengan budak hot time hang . Alahai kau , hot sangat lahh tu . Aku selalu ditanya macamni " Eahh, kau ni tak reti pakai shawl eahh ? Sakai lahh kau wei " . Sesedap jem nutela jeh kau cakap aku begitu . Daripada kau ? Pakai shawl lilit-lilit cun gila tapi tak tutup aurat betul buat ape ha ? Kira okaylahh aku pakai tudung syiria . Lawa lahh . Bute ke ape kau ni . Haihh . 

Sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh bukan muhrimnya menyebabkan dia berada di dalam neraka selama 70 tahun pengiraan hari akhirat . Sehari disana bersamaan dengan 1000 tahun di dunia - Google . 
Ya Allah , kalau kat Facebook tu macam mane eakk ? Punyelahh ramai friends aku yang hot tak hot uploaded gambar dia orang yang tak pakai tudung . Hurmmm , renung-renungkan lahh :) 

Monday, December 19, 2011

Perkara Yang Merosakkan Otak :)

Assalamualaikum 
ℱreedom☮
I wish I can be there right now . 

Aku nak sangat dapat pergi Paris . Siapa yang taknak pergi tempat tempat yang cantik dekat bumi Allah ni kan kan ? Tapi , bukan senang nak pergi tempat cenggitu . Pakai duit bhai . Bukan pakai daun pokok jambu . Itulah anggapan aku time budak-budak dulu . Kalau main jual-jual , mesti petik daun banyak-banyak jadikan duit . Hihi . Kita kalau nak pergi sana kena pakai duit . Ibu cakap , belajar rajin-rajin . Dah kerja dapat duit banyak . Baru boleh pergi Paris :) 

Haa , macam mane kalau kita tak belajar rajin-rajin ? Mesti tak dapat pergi Paris kan . Jadi , gunakan otak kita sebaiknya . Jangan rosakkan otak kita :) Okay, ni aku nak bagitahu perkara-2 yang merosakkan otak .

Tidak Mengambil Sarapan Pagi 
Otak merupakan orang yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sbanyak 25% drpd keperluan tenanga badan. Tidak mengambil breakfast menyebabkan paras gula dalam badan menjadi rendah dan mgurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan jadi kurang aktif pada hari tersebut :) 

Terlebih makan !
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan myebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan , menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak . Ini mengakibatkan mengantuk , malas dan hilang daya fokus . Jadi , takboleh la kita makan banyak-banyak time rest kat sekolah . Hehe . 

MEROKOK (Sila ambil perhatian) 
Saya benci lelaki merokok . Kdiam ahh . Tahu kann yang asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak . So, katakan tidak kepada merokok ye kaum adam . 

Tidak membaca Al-Quran 
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkanya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal . 

Kurang Berimaginasi  
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita . Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun . Hehe . Aku selalu berimaginasi dalam mimpi aku xD

Jarang Berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif . Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita . Hehe , wey aku asyik berfikir time nak edit blog . Macam-macamlahh aku fikir hari-hari . Hihi . 

Okay. Sebenarnya banyak lagi . Takut orang takknakk bace jeh maklumat yang berguna ni . Penat aku type ahh T___T hehe . Aku ambil ni drpd majalah yg ibu belikan utk aku . Aku dah bace , and nak kongsikan bersama :')