Thursday, January 26, 2012

Kisah benar ya.

Assalamualaikum
"Bekk. Bekkk.Bekk". Kedengaran suara kambing. Pak cik Dollah di hujung kampung bela kambing. Mujur aje bau tahi kambing itu tak merebak sampai kat rumah nenek. Aku bersyukur gila.



Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat; "Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan teman baik?" Baginda SAW menjawab yang bermaksud; "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika kita mengingati Allah SWT dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika kita alpa dan lalai mengingati-Nya".

Kenapa perlu ada exam ya? Hapuskan aje lahh. Membazir banyak kertas tahuu. Budak lelaki kelas aku, lepas habis bincang paper terus campak masuk dustbin. Membazir kan amalann syaitoooonn. Hapuskann exam! Hapuskan exam! K, lol. Ade siapa sokong exam dihapuskan di malaysia ni ? Sokonglahh. Nanti saya bagi hadiah gula gula.
Tumblr_lky6fycyfk1qd7w9fo1_250_large 
Aku tahu kau lebih tua daripada aku. Perempuan berusia 16 tahun. Ohh please, jaga tepi seluar sendiri ya. Aku malas nak jaga seluar kau. Jenama apa ya? Levis? Lee? Ughh, peduli apa aku. Kau sama aje dengan aku sebenarnya. Bila meninggal, tanah tempat kita.




Wednesday, January 25, 2012

Realiti.

Assalamualaikum
Kalau aku mahu buat entry, aku mesti memerlukan ketenangan. Means, tiada lagu Lazy Song untuk didengar. Ataupuun, lagu price tag. Kedengaran hanya bunyi kipas KDK yang berpusing lajuu. Shiuuu. Aku sejuk. Peluh yang banyak membuat badann aku cool bila kena angin. Ya. Cool.

Aku happy lah jugak bila Raziman pindah and nak masuk sekolah aku. Choy, terima kasih tegur aku. Aku hargai itu ya. Aku masih ingat saat kita bertemu di kedai Solaris masa aku nak pergi sekolah agama, 2 tahun lepas. Heww. Rushed gila kot aku. Nasib kain tak sangkut dekat rantai basikal.

Aku taktahu kenapa kadang-kadang aku benci dan menyampah dengan kawan aku sendiri. Ya. Ade aje yang aku tidak puas hati. Mereka juga. Dah salah buat muka sepuluhh sen. Benci .__. Tapi, mereka tetap kawan aku. Aku sayang mereka? Yaaaaa, aku sayang semua kecuali ... Eah eahh. Lupakan.

Kali pertama aku melihat bumi pada tarikhhh 6 Mei 1998 tepat jam 8.00 pagi. Heh heh. Tengok surat beranak leww. Okay, aku terjumpa personaliti orang yang lahir pada bulan Mei kat satu blog ni. Gilaa ohh. Banyak sama -.-



- keras hati dan degil : ya laa tu
- kuat semangat dan bermotivasi tinggi : no comment
- pemikiran yang sangat tajam : Eheheee
- mudah marah : jujur, memang ponn. Benci perangai ni
- perasaan yang mendalam : Apakahh ini?
- pandai menarik hati orang : Cewahhhh
- cantik dari segi mental dan fizikal : Entohhleee
- suka kepada sastera, muzik, seni dan melancong : Of courseee
- pandai berdebat : Ye lee kot
- mudah dipujuk : Macam takk mudah ajoo -__-
- tidak suka duduk rumah : Ya. Tapi, malas nak keluar dari pagar rumah
- agak boross : Inilee kelemahan yang tak berapa lemah sangat

Haaaaaaaaaaaa, teruk jugakk T^T. Banyak lagi, malas nak type. Bukan ade yang bacoo pun.


Friday, January 6, 2012

Hadapi walaupun ianya teruk.

Assalamualaikum
Tumblr_lwpo4bccxx1qejiumo1_500_large 
Saat sebuah jam gila di rumah aku berbunyi dan memekak taknak berhenti. Itu maksudnya telah masuk pukul 10 malam. Hari ni Jumaat. Masa berlalu begitu cepat. Mungkin kalah kelajuan sebuah kereta ferari? Hahaha. Actceli, aku lupa berapa kadar kelajuan bumi berputar dalam masa 1 jam.

Homework pun makin banyak. Tinggi menggunung kata budak perempuan kelas aku. Heww. Tapi aku rasa homework tak setinggi gunung pon. Heh heh. Cuma, dalam 10 buah aje buku yang mengandungi homework. Ya. Banyak kan. Next week cikgu dah nak tengok. Macam-macam. Agama, nak kena hafal ini lah. Itu lah. Sejarah kena buat note. Dan banyakkkk lagi. Sempat kah aku untuk menyiapkan segalanya? Insya-Allah aku dapat siapkan semuanya. Eah, mesti siap!

Terdetik hati aku nak tarik diri daripada olahraga. Aku bukan pengecut. Mungkin aku hanya seorang yang hampir bosan dengan training olahraga. Bosan. Ialah, dari aku darjah tiga sampai form two. Asyik kena lari aje. Penatlah. Aku juga banyak kali kecewa dengan kekalahan. Tapi ibu kata, menang atau kalah itu adat perlawanan. Mungkin belum rezeki dan ada hikmah disebalik semua itu. 

Mendalami kata-kata ibu bukan mudah. Bukan juga susah. Eh? Ibu tiada di posisi aku. Perasaan aku bercampur. Celaru. Rimas. Segalanya ada.

Aku bukanlah seorang gadis berusia 14 tahun yang sangat kental semangatnya. Sometimes, semangat dan kekuatan aku boleh hancur tanpa diduga. Dengan hadirnya pelbagai perkara yang tidak diingini. Tapi, apa yang aku boleh lakukan? Aku cuma duduk berdiam. Dalam hati, aku meminta kepada Ilahi agar aku diberi kekuatan untuk terus hidup di dunia yang fana' ini. Aku sedar, aku cuma hamba Allah yang lemah.

Kadang-kadang juga, aku dapat merasakan cara aku melalui dan mencorakkan kehidupan serta masa depan aku teruk. Teruk dan tak berapa teruk sangat lah. Ugh *rolling eyes*. Sudahlah. Ape yang aku type macam keling aje.



Wednesday, January 4, 2012

Perasan ini

Assalamualaikum
Ini muka orang penat. Gilahh. Training olahraga makin dahsyat. Btw, hari ni hari first sekolah untuk tahun 2012. Budak form one tahun ni ramai betul. And, banyak kelas ditukarkan dari block B ke block lain. Macamtu lah lebih kurang. Macam keling aje susunan kelas.

Kebanyakkan budak perempuan kelas aku tidak puas hati dengan tudung mereka. Termasuklahh aku. Longgar dan gila. Daripada tudung tu berlipat, terus tak lipat. Malas dahh aku. Aku fikir tahun ni taknak ade jawatan langsung. Mereka undi aku. Tapi kali ni, jawatan aku ialahhhh bendahari. Heh heh. Aku menyokong Athirah jadi penolong. Aku dah banyak kali jadi penolong. Bagikann. Guru kelas 2A pulak, Cikgu Nurul Huda. Comell. Sporting aje. Dia ajar BM.

Aku malas nak lepak dengan budak-budak main kat luar. Aku penat tahap gaban ni. Keluar rumah pun sakit hati aje. Besok tiada training, cikgu meeting. Aku bahagia. And esok aku dengan geng aku nak buat jadual bertugas. Sebenarnya ini tugas Syahir selaku Ketua Kebersihan. Tapi, aku tak yakin dengan dia. Biarlahh aku dengan geng aku je yang buat. Thirah pun setuju.
Aku rindu kan kau. Tapi kau macam buat bodoh aje kan? Kau macam dah tak pernah kenal aku langsung. Damn. Kau nampak aku pun, macam aku ni orang yang dah takde makna langsung. Okfine. Aku pun nak buat macamtu. Aku memang dah deleted segala tentang kau drpd phone aku. Tapi, untuk memadam diri kau daripada memori aku itu satu perkara yang sangat susah. Hmm. It's okay. Aku tahu yang kau sebenarnya bahagia tanpa aku kan. 

Aku malas dah nak update blog. Busy. Busy and busy. Dan kena study study and study. Aku taknak jadi macam budak form one lagi yang happy aje memanjang. Tak serious sangat. Aku kena lebih matang. Matang.  Time buat nota geografi tadi, aku asyik tulis tarikh 4 Januari 2011. Heww. Okay. Doakan aku bahagia ye.

Tuesday, January 3, 2012

Menutup aurat tapi hati ...

Assalamualaikum
Esok hari Rabu dan hari persekolahan bagi sesi 2012 telah bermula. Aku inginkann suasana sekolah yang jauh lebih awesome. Okay. Study. Study. Study. Badan aku sengal semuanya. Mana tak, 12 rounds padang kena lari time traning semalam T__T
Okay,Isu ini masih hangat dipertikaikan oleh ramai budak hot di laman Facebook dan Twitter. Aku tak tipu. Mereka memang hot. Hmm. Aku bukan nak membangkang kata-kata mereka. Cuma, kurang puas hati aje. Aku tahu, aku menutup aurat pon tak tentu sempurna sepenuhnya lagi. Ini sekadar untuk kesedaran mungkin. Okay, aku bagi contoh benar. Tapi nama tipu aje. 
Ali IV :
Perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik :)
Zatul III :
Harap aje pakai tudung, tapi hang dekat Pavi siap pegang tangan laki
Husain Evnas :
Perempuan yang pakai tudung ni bajet alim je.
Koku Krunch II :
Perempuan yang free hair tak semua jahat. 

Terdapat pelbagai persepsi di sini ye. Aku pun pening. Benda ni semua, aku sendiri dapat lihat dekat sekolah. Kebanyakan pelajar perempuan pakai tudung. Bila aku dengan gang aku bercakap dengan gang budak kelas G, bahasa yang mereka gunakan,amat dahsyat dan hebat gile. Untung aje babi tak datang betul-betul kat sekolah. Pakai tudung, bahasa teruk dan adab kurang. Bagi aku, mungkin perkara macamni agak memalukan kaum hawa sendiri.
 
Ambil lah pengajaran daripada status yang aku telah screen capture malam tadi. Wanita yang bertudung mungkin belum tentu baik. Tetapi mereka baik dari sudut pakaian. Manakala, perempuan yang baik mesti menutup aurat. Semoga, kita baik dari sudut perlakuan dan cara berpakaian. Semalam, aku terbaca status seorang kakak panas ni. Tak silap aku dia buat status:
"Perempuan yang free hair lebih comel daripada yang bertudung". 
Aku akui memang kakak tu comel cun ayu dann segalanya. Biarlah, cantik rambut dekat dunia belum tentu cantik kat akhirat. Eh? Ye ke ape yang aku cakap ni. Takpelah, fikir sendiri :)


A student. A teen girl.

Assalamualaikum
Tumblr_lruzx5foxp1qe9or5o1_500_large
Aku bukan seorang pelajar yang benci kan sekolah sampai update status fuck school. Wei, kalau kau tak sekolah mungkin kau nak menaip keyboard ni pun terkial-kial sebab kau tak kenal huruf dan nombor. Sorrylah. Kenapa perlu fuck sekolah? Kalau benci sangat sekolah, tak payah daftar lagilahh. Buat habis duit mak bapak aje. 
Gambar di atas? Hehe. Kenyataan juga. Aku taktahu tahun ni kelas tambahan untuk kelas A hari ape dan sampai pukul berapa. Tahun lepas, kelas Math hari Isnin sampai jam 4 petang. Mana tak bijak budak kelas A dalam subject Maths. Hewheww O.O Extra classes sangat memenatkan. Habis class terburu-buru pergi solat kat surau. Dengan laparnya. Cuaca yang panas. Hanya Allah je tahu acano perasaan gue dengan teman-teman. 
Cikgu Nimarni cakap, latihan olahraga tahun ni setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Memang ohhsem lah hari Jumaat ada training sebab aku malas nak datang Meeting Pengakap. Tapi kann, hari Sabtu tu? Hmm, takde apelah. Mungkin masa belum sesuai untuk aku hang macam kebanyakan remaja setiap hari Sabtu kat town. Best sangat ke hang setiap minggu? Takbosan ape? Macam tak bermanfaat bagi aku. Study lagi bagus kann :)
Rabu ni dahh start sekolah. Mungkin aku akan jarang update. Schedule aku full. Hehe. aku harap ramai student form 2 tak undi aku untuk ade jawatan dalam form dan kelas. Tolonglahhh. Aku ni agak pemalas sikit. Sikit aje lah. Kadang-kadang, aku rasa teruk jugak sebab aku tolak jawatan jadi pengawas sekolah. Sedangkan ramai gilakan jawatan macam tu. Kenapa dengan aku ni ye? Kenapa? Heww. 
Ape pun, esok dah kena start kemas beg. Gosok baju. Tulis nama kat buku. Hihi. Macam mana ya tulisan aku nanti? Macam cakar lembu ke *kata budak facebook. 
Selamat kembali ke sekolah kepada anda semua ! Berubah lah menjadi pelajar yang jauh lebih rajin demi masa hadapan yang cerah. Eacehh, ayat aku u__u