Sunday, March 25, 2012

Dulu lain

Assalamualaikum
179065_193549410655482_139814722695618_789745_8089430_n_large 
Alhamdulillah, SMKSM johan MSSNM kawasan merlimau tahun ni. sekolah pulai pun johan bagi kategori sekolah rendah. hari last kat smk sungai rambai tu kulit aku dah macam tahi cicak. ya, hitam dan putih. hekk. takpelah, biasalah kan adat masuk olahraga.

time kat mss ada seorang kenalan aku di sana. dia lelaki. aku memang dapat rase yang sejak dua menjak ni dia macam rapat semacam dengan aku. kitorang memang dah rapat time camping dekat terengganu hari tu. cumaaa, aku taknak ganggu dia lagi sebab aku dpt tahu dia dah couple dengan kak nisa. aku taknak orang panggil aku perampas bakal suami orang. ha-ha-ha.

tetiba dia hantar satu text ade perkataan sayang. seriously, dulu time form one aku masih boleh terima pakwe aku panggil sayang, dear kecuali baby. tapi, bila dia panggil aku sayang aku macam takboleh nak terima langsung. geli makk. ni mungkin kesan dah lama meninggalkan zaman cinta monyet.

hari jumaat aku memang malas nak datang sekolah. mengenangkan nak minta homeworkZz,nota kat gang, aku datanglah jugak. gila lahh, banyak betul kerja yang aku kena buat. 3 hari tak belajar dalam kelas. Ya allah, memang banyak gua cakap lu. time kh, kitorang kena menjahit. erghhh. aku memang tak suka menjahit. aku suka masak aje. terkial-kial aku nak menjahit. jahit kia yang senang pun aku terlupa.
 
doakan aku sihat eah. demam ni. hmn. mungkin sebab asyik menjerit bagi sokongan time mss. pulak menjerit kuat-kuat bawah matahari yang panas. biasalah, ozon nipis kan. 

Monday, March 19, 2012

it all about life.

Assalamualaikum
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Tapi, adakah sepuluh orang anak mampu untuk menjaga seorang ibu bila mereka semua dah dewasa dan bekerjaya nanti? Itu memang realiti kehidupan kebanyakan masyarakat sekarang ni.

Kita kena sedar selalu yang kita ni manusia yang lemah, sering melakukan kesilapan. Aku pun macam tu, tak sah dalam sehari tak buat salah. Dan, kesalahan itu merupakan guru yang sangat luar biasa dalam kehidupan. Dengan kesilapan lah kita mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ustazah kata, jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ni :)

Semakin kita berpangkat,kaya, pandai. semakin perlu sikap merendah diri dalam diri kita agar kita tidak mudah alpa dengan nikmat yang Allah berikan. Allah boleh saje memberikan nikmat kepada sape saje yang dia kehendaki dan Allah boleh aje tarik segala nikmat yang dia telah berikan kat sape aje yang dia nak.

Allah tu Maha Berkuasa. Tiada yang dapat menandingi kekuasan-Nya. Ade ke manusia boleh cipta seorang manusia? mungkin boleh, tapi ianya robot kan? dan, tak ada ciptaan manusia yang se-sempurna ciptaan Allah SWT. Bila dia nak turunkan bala kat kita, dengan serta mertanya kita kena bala. Dengan kalimah "kun fayakun" aje. Subhanallah.

Okay, doakan aku nak lari esok, rabu, khamis. aku nak dapat emas dalam semua acara. insya-Allah. Aku sentiasa berharap agar Allah berikan aku ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan. aku akui aku memang seorang insan yang lemah. aku selalu diuji dengan pelbagai cabaran, kesedihan and etc. Hmn.


Friday, March 9, 2012

Tutup aurat supaya selamat

Assalamualaikum
Now, aku nak kupas mengenai aurat. Hemn, aku ni taklah perfect sangat dalam semua aspek menutup aurat. Tapi, aku cuba untuk sempurnakan. Insya-allah. Next year aku nak pakai tudung labuh yang bulat tu. Anis kata nanti aku makin comel x__x

Kerana Allah Sangat Menyayangi Wanita 

Apabila Allah swt mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah swt menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Mematuhi hukum menutup aurat, ia akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.

Bayangkan, kalau Allah tidak menyuruh kaum hawa menutup aurat? Apakah yang akan terjadi kepada bumi ini. Mesti maksiat dahsyat gilaaa gilaaaa. Yelah, perempuan yang pakai sexy-seksa ni boleh mengundang nafsu LELAKI.

Actceli, memakai tudung tak sama dengan menutup aurat.