Assalamualaikum and hello dear bloggers.
Kadang-kadang, aku merasakan diri ini sangat jahil bila dibandingkan dengan Dia. Aku tidak layak untuk berbicara tentang agama. Ilmu mengenai agama Islam sangat meluas. Kita memerlukan ilmu yang dalam untuk berbicara mengenainya.
Dia turunkan hujan sebab nak bagi kita pelangi. Dia bagi kita sedikit kesedihan,kesusahan sebab dia nak bagi kita kegembiraan selepas tu. Ingatlah, Allah itu sentiasa berlaku adil. Dia selalu uji kita sebab dia sayang kita dan dia nak kita sentiasa kuat menghadapi setiap satu cabaran dalam kehidupan di atas dunia yang fana ini.
Allah itu Maha Pemurah. Sifat pemurahNya itu tiada batas. Dia mengurniakan pelbagai nikmat dan rezeki kepada semua makhluk tidak kira mukmin atau kafir. Tengok, betapa pemurahnya Allah. Mungkin sebab tu kita takboleh kedekut, kita mestilah sentiasa ingat dan sedar yang Allah akan menambah rezeki kita jika kita suka berkongsi. Mungkin kita tak nampak atau tidak sedar bagaimana Allah menambah rezeki kita. Well, Allah ada seribu satu cara untuk semua tu.
Nowadays, remaja suka sangat label diri diorang as FOREVER ALONE. Yang agak menyedihkan, mereka semua beragama Islam. Adakah mereka tidak sedar yang Allah sentiasa ada dengan kita? Setiap hari memang akan ada seorang hamba yang melupakan Allah. Tetapi, bila hamba Allah tersebut mendirikan solat, Allah tetap akan mendengar segala rintihan dan doanya.
Kerna kau yang satu,Yang setia bersamaku,Dikala ku jatuh ku bangkit kerna Mu, Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu, Bantulah hamba mencari keredhaanMu
Sometimes, bila aku selalu minta something dari Allah SWT macam nak straight A's dalam setiap test, exam tapi aku tak dapat, aku selalu rasa yang Allah tak dengar doa aku. Hmn, yelah mungkin dah terlalu banyak dosa yang dilakukan sampai doa aku tidak diterima Allah. But then I realize yang Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.
And, aku harap aku akan menemui kebahagiaan yang hakiki suatu masa nanti. InsyaAllah. Anyway, nak dapat 8A UPKK agak mudah jika dibandingkan nak dapat 8A PMR.