Wednesday, June 5, 2013

"Normal la tu"

Memang penat sehari suntuk round satu jusco. dan aku sangat frust sebab aku tak jumpa novel contengan jalanan dekat popular. rasa cam menyesal je taknak pergi mahkota parade, sebab dekat mph jela yang paling senang nak jumpa hlovate. ah, harap je besar popular ni ugh.

lagi satu, aku cadangkan jangan keluar hang out naik bas pada hari rabu dan sabtu. memang macam sardin ayam brand dah dalam bas tu. bukan tu aje, ade la sorang perempuan ni..... dia tak kenal pun lelaki tu tapi bila diorang dah bertegur siap pegang pegang tangan lagi. menyampah lak aku tengok. 

"Qila, nak tegur ke?" Ana cakap ngan aku. "Kalau ikutkan hati memang nak tegur tapi..... mamat tu cam gangster habis. dahlah bas ni sesak takyah ah cari pasal. Benci jelah." Dan itulah selemah-lemah iman. 

Kakak tu pulak senior sekolah aku and ada banyak geng. aku bukan taknak tegur tapi kalau aku tegur pun ahhh sudahlah. aku memang confirm jawapan dia "normal ah.bukan buat ape pun". sedangkan member dia yang pakai pun tudung buat "derrrrrrk" je. 






Memang banyak buku latihan aku beli. Aku harap semuanya terbuat bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Haha well aku ni sangat famous dengan perangai "M" aih nasiblah kerja kursus aku semua dah settle. 


lungs breathing

seram dok? kalau nak jadi doktor takleh nervous tgk bende ceni. haha